Khamis, 1 Julai 2010
Generasi FELDA Kita......ke manakah hala tuju mu..?
KUALA LUMPUR 16 Jun – Kerajaan tidak bercadang untuk memberikan 340,882 hektar tanah milik Felda yang diuruskan oleh Felda Plantations kepada generasi baru peneroka. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini disebabkan jika tanah itu diagihkan kepada kira-kira 1.6 juta generasi baru iaitu anak dan cucu peneroka, setiap orang hanya dapat 0.2 hektar seorang. "Tanah kecil ini tidak ekonomik untuk diusahakan dan kedudukan yang berselerak tanpa kemudahan asas tidak sesuai untuk penempatan. "Jika kerajaan memberikannya kepada generasi baru di 317 kawasan rancangan, bagaimana pula rakyat di 15,000 buah kampung di seluruh negara yang juga inginkan tanah,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Ahmad berkata, kerajaan bercadang untuk membuka lagi tanah rancangan Felda dengan model baru hanya untuk rakyat miskin tegar tanpa mengira kaum, jika ada kerajaan negeri yang ingin memberikan tanah. Beliau berkata, kerajaan juga belum bercadang untuk mengkaji Akta Penempatan Berkelompok 1960 kerana pelaksanaan akta ini telah berjaya mewujudkan 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara dengan penglibatan 225,270 orang suami dan isteri yang merupakan peneroka dan penerokawati. "Selain itu, menerusi akta ini, penempatan berkelompok dan terancang dengan penanaman getah dan sawit telah berjaya mengeluarkan peneroka daripada belenggu kemiskinan serta diiktiraf sebagai usaha pembangunan tanah seumpamanya yang paling berjaya di dunia," katanya. Beliau berkata pengurusan tanah secara berkelompok dapat menyediakan prasarana penyaluran bantuan khidmat nasihat dan pemantauan secara lebih teratur dan cekap
1,567 anak peneroka dapat Phd
KUALA LUMPUR 30 Jun - Seramai 1,567 anak peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendapat pendidikan di peringkat doktor falsafah (PhD).
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, bilangan itu sebahagian daripada 76,415 anak peneroka Felda yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. "Daripada jumlah ini, 27,160 orang memiliki ijazah pertama dan sarjana manakala bakinya 47,688 mendapat pendidikan di peringkat diploma," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.Beliau bertanyakan bilangan anak peneroka Felda berumur 20 tahun dan ke atas serta pencapaian akademik tertinggi mereka.
Dalam pada itu, Ahmad berkata, terdapat di kalangan anak peneroka yang ditawarkan kursus peringkat diploma di Universiti Limkokwing dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara."Ada juga yang mengikuti kursus Jurutera Pelatih Penyelenggaraan Pesawat dan Juruteknik Pelatih Rendah yang diselia Malaysia Airlines System Bhd. (MAS)," katanya.
Tambah beliau, anak peneroka yang mendapat keputusan akademik kurang cemerlang turut ditawarkan tempat di Kolej Felda dan kolej luar seperti Pusat GiatMara dan Institut Kemahiran Negara bagi mendapat sijil kemahiran."Sehingga sekarang, 29,243 anak peneroka Felda telah dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran," katanya.
Utusan Malaysia - 1/7/2010

Langgan:
Catatan (Atom)
WELCOME
Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang
Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan
Sebuah kenangan
Penafian:
Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum