Isnin, 1 Jun 2026
Khamis, 19 Februari 2026
Jalan berturap dan diselenggara sejak awal pembukaan rancangan.
Felda Kg New Zealand mempunyai telefon ATUR sejak 60an lagi.
Mungkin inilah bicara mereka sewaktu memperolehi talian telefon ATUR. Ia satu kemudahan yang satu-satynya ada di Pejabat Rancangan Felda Kg New Zealand. Pada era 60-an dan 70-an, belum ada kemajuan atau kemudahan itu di kawasan sekitar.
Ahad, 23 November 2025
Sudah 4 tahun berlalu. Gambar sewaktu Pengkisahan Sejarah Felda Kg New Zealand kepada KDYMM Pemangku Sultan Pahang (ketika itu) dan Pesuruhjaya Kedutaan New Zealand di Menara 188, Kuantan.
Sebenarnya ia adalah 'bidan terjun' apabila saya diminta oleh CEO Menara 188 untuk hadir membentangkan pengkisahan tersebut. Pegawainya menghubungi pada 9.00 malam dan minta hadir dalam jam 8.00 pagi keesokannya. Terkejut dan teruja. Saya maklumkan bahawa saya tak pandai berbahasa Inggeris, namun CEO kata 'takpe, dia ada'.
Bayangkanlah perasaan saya pada ketika itu. Duli Tuanku pun ada. Maka, saya cabar diri dan sahut permintaan mereka. Maka, saya terus berada di Menara 188 pada pagi esoknya. Saya tayangkan video sejarah Kg New Zealand yang saya buat 10 tahun sebelum.
Saya beranikan diri berbahasa Inggeris. Dengan Tuanku juga saya berbahasa Inggeris. Alhamdulillah, mereka faham dan amat teruja. Wah, hari paling indah rasanya. Ia sebuah kejayaan perjuangan saya. Mereka ucapkan terima kasih dan berhasrat untuk turun ke FNZ.
Video awal Penempatan Felda Kg New Zealand dan kerjasama Kerajaan New Zealand.
Ahad, 15 Jun 2025
Sabtu, 14 Jun 2025
Khamis, 12 Oktober 2023
Selasa, 1 Ogos 2023
Selasa, 4 Julai 2023
Travelog Tak Popular Tapi Berbisa, Sejarah Kampung New Zealand antara pengisiannya.
Ahad, 3 April 2022
Perkongsian Perihal Kg New Zealand di blog Bidasari Dinohauz.com
Alhamdulillah, kisah Kg New Zealand telah mula diikuti dan diberi perhatian oleh masyarakat Malaysia. Antaranya melalui penulisan blogger Bidasari di halaman https://www.dinohauz.com/2022/03/tempat-menarik-maran-2022-kampung-new.html?m=1
Semoga usaha yang dijalankan bagi mengenali dengan lebih dekat berkenaan Kg New Zealand memberi pendedahan kepada orang ramai sama ada warga Malaysia atau luar negara. Terima kasih kepada Majlis Daerah Maran yang berusaha membawa nama New Zealand Village dipersada dunia.
Sabtu, 26 Mac 2022
Rabu, 10 November 2021
Sejarah Awal Felda Kg New Zealand
| Papan kenyataan menyatakan sejarah nama Kg New Zealand |
| Rumah peneroka di hadapan pejabat Felda dan sebelah Klinik (Blok D) |
Felda Kg New Zealand terletak di negeri Pahang dan berada dalam daerah Maran. Jaraknya ke Bandar Maran lebih kurang 15 KM dan ke Bandar Kuantan lebih kurang 70 KM. Rancanmgan ini merupakan antara tanah rancangan FELDA yang tertu di Malaysia selepas Lurah Bilut.
Luas rancangan ini ialah 2 500 ekar termasuklah 1660 ekar telah ditanam getah. Pada 1960, getah telah ditanam dan mula mengeluarkan hasil pada tahun 1967/68. Pada 1963, peneroka mula masuk rancangan.
Felda Kg New Zealand mula mendapat nama kerana memperingati dan menghargai bantuan dan kurniaan kerajaan New Zealand dalam membantu pembangunannya. Kerjasama ini adalah untuk mendirikan pertempatan di bawah perjanjian atau Rancangan Colombo yang termeterai antara kerajaan Malaysia dan negara-negara Komenwel. Pada asalnya rancangan tanah ini bernama Rancangan Kemajuan Tanah Sungei Kertam.
Kerajaan New Zealand telah menghantar dua orang pegawai sukarela bekerja dalam rancangan ini sebagai tanda kerjasama. Seorang daripadanya merupakan jururawat terlatih manakala seorang lagibertindak mengatur kerja dalam menjayakan usaha memelihara ikan air tawar.
Rancangan ini terbahagi kepada 2 peringkat penempatan penduduk yang setiap peringkat mempunyai Blok. Peringkat pertama (Blok A-D) dibuka pada tahun 1960/61, manakala peringkat 2 pada tahun 1963/64.
Kini, semua ladang getah telah ditanam semula dan diganti dengan tanaman sawit keseluruhannya.
Selasa, 2 November 2021
Sabtu, 8 Jun 2013
Bangunan Pertubuhan Peneroka yang dulunya Bilik Enjin Elektrik
![]() |
| Isteri Sir Brian Talboys menyempurnakan majlis penyerahan generator elektrik |
![]() |
| Lawatan Timabalan Perdana Menteri New Zealand ke Kg New Zealand November 1979. |
WELCOME
Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang
Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

















































