Sabtu, 8 Jun 2013

Bangunan Pertubuhan Peneroka yang dulunya Bilik Enjin Elektrik


 
 
Mungkin ada yang masih mengingati bagaimana kampung New Zealand mempunyai elektrik 12 jam, di waktu kampung-kampung lain masih menggunakan pelita, dan lampu gassolin. Kg New Zealand bertuah kerana telah mendapat sumbangan 4 enjin generator elektrik sumbangan kerajaan New Zealand. Elektrik dibekalkan 12 jam iaitu mulai 7 malam hingga ke 7 pagi. Pada pukul 7.00 malam, kedengaran generator berbunyi menandakan elektrik sudah mengalir ke rumah-rumah. Jika enjin terpadam, maka ramailah yang terpaksa mencari lilin di kedai dan ada juga yang menunggu mekanik membaiki generator yang rosak.
     Begitulah suasana kampung pada ketika itu (awal 80 an). Ketika itu, Kampung New Zealand amat bertuah mempunyai kemudahan yang disumbangkan oleh Kerajaan New Zealand termasuklah televisyen hitam putih (dipasangkan di Balai Raya), enjin air dan sebagainya. Tetapi kini, semua itu tinggal kenangan.
    Generator elektrik tersebut telah ditempatkan pada November 1979 dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Sir Brian Talboys pada 8 November 1979. Generator tersebut akhirnya usang dan banyak mengalami kerosakan. Ia akhirnya dijual kepada peniaga Cina apabila kampung New Zealand telah mempunyai bekalan elektrik 24 jam dari Lembaga Letrik Negara (LLN) yang kini dikenali Tenaga Nasional Berhad (TNB), sekitar tahun 1986/1987. 

Isteri Sir Brian Talboys menyempurnakan majlis penyerahan generator elektrik

Lawatan Timabalan Perdana Menteri New Zealand ke Kg New Zealand November 1979.
     Kini, Pertubuhan Peneroka telah mengambil-alih bangunan tersebut dan dijadikan bilik mesyuarat dan pentadbiran Pertubuhan Peneroka.

Selasa, 4 Jun 2013

Otai-otai kita di padang bola

 

Pemain-pemain bola veteren yang hadir bermain di padang SKKNZ. Permainan bermula jam 6.00 petang hingga jam 7.00 petang (sebelum maghrib tiba). Semua pemain diwajibkan melakukan pemanas badan atau senaman dahulu sebelum bermain. rata-rata pemain adalah berumur 40-an.

Ahad, 2 Jun 2013

Kampungku Tanpa Wayar (WIFI Percuma tanpa wayar)

Internet percuma di kampung kita boleh didapati dengan mudah oleh semua penduduk kampung. Antara internet percuma ialah;
  • Celcom KTW (kg Tanpa waya 1 Malaysia)
  • Kg Wifi PD Felda New Zealand
Celcom KTW

Kg Wifi

Persembahan Qasidah oleh Kaum ibu Kg New Zealand di hadapan anak-anak pelajar. Tahniah




Berikut adalah persembahan Qasidah Ya Hanana oleh Kelab Qasidah Wanita Kg New Zealand yang dipersembahkan di Dewan SMK Maran 2. Mereka adalah kaum ibu yang menyahut cabaran untuk mempersembahakan Qasidah mereka di hadapan anak-anak pelajar. Tahniah diucapkan

WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Popular Posts

Selamat Pengantin Baru kepada yang melangsungkan Perkahwinan

Ingin Bersama kami?

Anda sudah menjadi ahli?



Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum