Jumaat, 25 Jun 2010

Usianya kian menjangkau 50 tahun

Nadi belia

Pertandingan Karaoke sempena Pertandingan Bola Jaring

Tahniah kepada belia yang sanggup menganjurkan pertandingan karaoke bagi memeriahkan acara dan suasana. Pertandingan karaoke ini telah diadakan pada sebelah malam 19/6/2010 di Padang Belia. Walaupun ianya dibuat 'ad-hoc', namun mendapat sambutan meriah oleh ramai belia, beliawanis dan penduduk kampung. Menurut En Jasman, ia dibuat bagi mengisi ruang masa dan memeriahkan suasana. Pada sebelah petangnya selepas tamat pertandingan Bola Jaring, juga telah diadakan sukaneka. Walaupun hadiahnya tidak lumayan, namun ia adalah suatu aktiviti riadah yang menyumbang kemeriahan dan persahabatan. Ia juga secara 'ad-hoc' itu secara spontan di mana inilah masa mereka berseronok dan mengenali antara satu sama lain walaupun tidak dirancang pada peringkat awal. Bukan keuntungan yang dicari, tetapi kesepakatan yang diingini.
Tahniah kepada pasukan yang menang. Terima kasih kepada semua kerana terus berjuang demi memartabatkan nilai belia di sisi masyarakat.

Abang Mubin mendendangkan lagu..
Hakim pertandingan

Malu tapi mahu..

Kejohanan Bola Jaring Tertutup Kg New Zealand (Felda Wilayah Kuantan)

Asal Nama Kg New Zealand

Papan tanda menunjukkan Penamaan Kg New Zealand. Papan Tanda ini didirikan sewaktu Pengurus En Mukhtar bin Mulop. (Sila klik pada gambar dan zoom in)

Khamis, 17 Jun 2010

Operasi membersih dan membesarkan padang belia

Terima kasih kepada Tuan Pengurus kerana prihatin kepada belia dan kampung kita. Operasi membersihkan padang sudah dimulakan pada hari ini, Khamis 17/6/2010. TQ


Isnin, 14 Jun 2010

Jihad Belia Palestin. Di manakah kita?



Lihatlah perjuangan berani mereka. Tidak pernah rasai tenang seperti kita.. Kita pula di mana? Di manakah belia kita? Apa yang belia kita perjuangkan? Apakah yang belia kita cita dan cintakan..? Lihat sahaja anak muda remaja belia kita pada hari ini..Mereka tidak pernah ambil tahu...
    Belia kita pada hari ini, hanya bermimpikan keindahan dan kebahgiaan dunia. Hidup pernuh dengan kekeliruan. Dadah, keruntuhan moral dan peribadi, maksiat, penzinaan, dan sebagainya adalah kehidupan biasa pada belia kita hari ini. Dosa adalah suatu yang tidak menakutkan..
   Beliaku.. kembalilah ke pangkal jalan.. solat dan al-Quran teman kita.. jangan kau rosakkan dan campakkan dirimu ke lembah kebinasaan.. Allahu akhbar..!

Ahad, 6 Jun 2010

Saat-saat diserang Israel

ini adalah gambaran saat genting ditawan Israel...

Bilangan Peneroka kian mengecil

Hampir 50 tahun usia kampung kita. dari 200 lebih penerokanya, kini tinggal 40 lebih sahaja. Peneroka\wati juga begitu. Kebanyakannya telah kembali ke Rahmatullah. ALFATIHAH>
     Yang tinggal sekarang, sama ada bapa tunggal, ibu tunggal atau keduanya telah tiada. Ramai yang yatim-piatu.(macam saya).  Ada juga yang telah beralih tangan pengurusannya, sama ada secara mutlak atau kuasa mentadbir. Ramai pula timbul masalah apabila si bapanya meninggal, kuasa terhadap tanahnya menjadi pertikaianan adik beradik. Ada yang tidak berpuas hati. Semakin banyak berlaku di kampung kita.
    Ada yang telah mewarisinya namun ada juga yang 'hilang entah ke mana'. Lihatlah rumah-rumah peneroka kita, ada yang tersergam indah tetapi tiada berpenghuni. Ada pula rumah yang hampir menyembah bumi dan bersarang anai-anai. Anak-anaknya entah ke mana.
     kita berharap pihak FELDA dapat mencari mekanisme baru dalam menghadapi semua ini. kita tidak mahu FELDA lepas tangan. Setidak-tidaknya, penama telah diumumkan sebelum peneroka pergi buat selamanya. Kita tidak mahu usaha Tun Razak, usaha para peneroka ini," mati di tengah jalan" apabila berlaku masalah kepada pewaris.

Kenduri Kahwin sana-sini

Cuti sekolah telah bermula. Banyaklah kenduri kendara. Bertambahlah saudara kita. Ramailah kaum kerabat kita. Beliawanis kita akan disunting orang. Belia pula akan menyunting bunga di kampung serndiri atau di kampung lain. Ada yang bertemu jodoh sama kampung. ada yang dari jauh datangnya. itulah jodoh..
    Semoga perkahwinan membawa kebahgiaan abadi. Kita menumpang gembira. Selamat menjadi warga atau waris Kg New Zealand. Kepada yang melangsungkan perkahwinan, selamat pengatin baru.. Kepada yang belum lagi, carilah jodoh yang terbaik.

WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum