Sabtu, 8 Jun 2013

Bangunan Pertubuhan Peneroka yang dulunya Bilik Enjin Elektrik


 
 
Mungkin ada yang masih mengingati bagaimana kampung New Zealand mempunyai elektrik 12 jam, di waktu kampung-kampung lain masih menggunakan pelita, dan lampu gassolin. Kg New Zealand bertuah kerana telah mendapat sumbangan 4 enjin generator elektrik sumbangan kerajaan New Zealand. Elektrik dibekalkan 12 jam iaitu mulai 7 malam hingga ke 7 pagi. Pada pukul 7.00 malam, kedengaran generator berbunyi menandakan elektrik sudah mengalir ke rumah-rumah. Jika enjin terpadam, maka ramailah yang terpaksa mencari lilin di kedai dan ada juga yang menunggu mekanik membaiki generator yang rosak.
     Begitulah suasana kampung pada ketika itu (awal 80 an). Ketika itu, Kampung New Zealand amat bertuah mempunyai kemudahan yang disumbangkan oleh Kerajaan New Zealand termasuklah televisyen hitam putih (dipasangkan di Balai Raya), enjin air dan sebagainya. Tetapi kini, semua itu tinggal kenangan.
    Generator elektrik tersebut telah ditempatkan pada November 1979 dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Sir Brian Talboys pada 8 November 1979. Generator tersebut akhirnya usang dan banyak mengalami kerosakan. Ia akhirnya dijual kepada peniaga Cina apabila kampung New Zealand telah mempunyai bekalan elektrik 24 jam dari Lembaga Letrik Negara (LLN) yang kini dikenali Tenaga Nasional Berhad (TNB), sekitar tahun 1986/1987. 

Isteri Sir Brian Talboys menyempurnakan majlis penyerahan generator elektrik

Lawatan Timabalan Perdana Menteri New Zealand ke Kg New Zealand November 1979.
     Kini, Pertubuhan Peneroka telah mengambil-alih bangunan tersebut dan dijadikan bilik mesyuarat dan pentadbiran Pertubuhan Peneroka.

Selasa, 4 Jun 2013

Otai-otai kita di padang bola

 

Pemain-pemain bola veteren yang hadir bermain di padang SKKNZ. Permainan bermula jam 6.00 petang hingga jam 7.00 petang (sebelum maghrib tiba). Semua pemain diwajibkan melakukan pemanas badan atau senaman dahulu sebelum bermain. rata-rata pemain adalah berumur 40-an.

Ahad, 2 Jun 2013

Kampungku Tanpa Wayar (WIFI Percuma tanpa wayar)

Internet percuma di kampung kita boleh didapati dengan mudah oleh semua penduduk kampung. Antara internet percuma ialah;
  • Celcom KTW (kg Tanpa waya 1 Malaysia)
  • Kg Wifi PD Felda New Zealand
Celcom KTW

Kg Wifi

Persembahan Qasidah oleh Kaum ibu Kg New Zealand di hadapan anak-anak pelajar. Tahniah




Berikut adalah persembahan Qasidah Ya Hanana oleh Kelab Qasidah Wanita Kg New Zealand yang dipersembahkan di Dewan SMK Maran 2. Mereka adalah kaum ibu yang menyahut cabaran untuk mempersembahakan Qasidah mereka di hadapan anak-anak pelajar. Tahniah diucapkan

Khamis, 30 Mei 2013

Rabu, 22 Mei 2013

Pertandingan Masakan dan Gubahan Anjuran Rukun Tetangga Desa New Zealand 2013

 
 

 



 
Program ini telah diadakan pada 10 April 2013 di Dewan JKKK Kg New Zealand. Antara pertandingan yang diadakan ialah Masakan Percik, Serunding/agar-agar, minuman buah-buahan dan sebagainya. Turut hadir bersama dalam program tersebut ialah Pegawai Pejabat Perpaduan Daerah Maran, pegawai FELDA, Pengerusi JKKK, dan Pengerusi KRT Desa Nerw Zealand.

Lawatan Kumpulan Qasidah Kg New Zealand ke Kuala Lumpur untuk Program Himpunan Malam Cintai Rasul

 
 
Pada 23/3/2013 seramai 10 orang anggota kumpulan Qasidah Kg New zealand telah meyertai Malam Cintai Rasul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan. Moga apa yang dilaksanakan memberi kekuatan rohani dan semangat buat perkumpulan ini.

Tahniah Anak FELDA berjaya tawan Everest
















LUKLA 21 Mei - Enam daripada tujuh pendaki dari Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest di ketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut (dpl) pagi ini.
     Pendaki terawal, Mohd. Nasuha Shamsudin, 21, dari Felda Tersang 3, Raub, Pahang tiba di puncak pada pukul 8.31 pagi waktu Nepal, diikuti Mohamad Asyraf Mohd. Halim, 25, (Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi, Johor, 8.48 pagi); Muhammad Hafizuddin Ibrahim, 22, (Felda Chini Timur 1, Pekan, Pahang, 9.11 pagi); Zainudin Lot, 37, (jurulatih, 10.16 pagi); Myrza Fasha Md. Hamyrudin, 25, (Felda Tersang 3, Raub, Pahang) dan Muhammad Illaham Ishak, 37, (jurulatih), masing-masing 11 pagi.
     Seorang pendaki lain, Siti Hanisah Sharuddin, 23, (Felda Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan) terpaksa berpatah balik setelah tiba di ketinggian 8,748 meter (South Summit) kerana masalah kesihatan.
     Kesemua pendaki berkenaan merupakan peserta projek Everest-Felda 2013 kelolaan KE7B yang dipimpin bekas pendaki Everest 2004, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin. Dalam pendakian ini, dua rekod baharu dicipta apabila Mohd. Nasuha muncul sebagai pendaki termuda dan Myrza Fasha (pendaki wanita termuda) dalam sejarah mendaki Gunung Everest negara sejak tahun 1997.
     Pada 1997, M. Magendran dan N. Mohandas muncul sebagai rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest. Rekod pendaki negara termuda sebelum ini dipegang oleh Muhamad Muqharabbin yang berusia 22 tahun ketika menakluk puncak Everest pada 2004.
     Myrza Fasha memecahkan rekod dipegang oleh Marina Ahmad yang menjejakkan kaki ke puncak Everest ketika berusia 26 tahun pada 2007. Setiap kali pihak media dan pendaki sokongan menerima laporan tentang kejayaan para pendaki di Kem Induk Everest (EBC), beberapa sherpa bertugas akan mengetuk periuk bagi meraikan kejayaan para pendaki. Ini merupakan tradisi yang diamalkan oleh kumpulan sherpa setiap kali mendapat berita gembira kejayaan pendaki.
     Mohd. Nasuha berkata: “Alhamdulillah dengan izin Allah, saya kini berada di puncak Gunung Everest. Terima kasih semua," katanya ringkas dari puncak Gunung Everest melalui walkie-talkie kepada wakil media dan pendaki sokongan di EBC hari ini.
     Menurutnya, beliau merupakan pendaki terawal tiba di puncak bersama Pemba yang merupakan seorang sherpa yang mengiringinya dalam pendakian tersebut. Mohamad Asyraf pula menjadi pendaki kedua tiba di puncak pada pukul 8.48 pagi. Asyraf kini berada bersama saya di puncak. Keadaan cuaca amat baik dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Matahari tidak terlalu terik," kata Mohd. Nasuha.
     Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, beliau bersyukur kerana kesemua pendaki berjaya mencapai misi yang ditetapkan dalam projek Everest-Felda 2013. Menurutnya, walaupun pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa diharungi sepanjang menjalani latihan sejak tujuh bulan lalu, namun matlamat projek dapat disempurnakan.
“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas doa mereka untuk melihat anak-anak Felda ini berjaya melakar sejarah di puncak Gunung Everest. Kejayaan ini juga adalah kejayaan seluruh rakyat Malaysia," katanya melalui telefon di sini.
     Pendakian fasa terakhir ke puncak menyaksikan kesemua pendaki meninggalkan Kem 4 di ketinggian 7,900 meter dpl pada pukul 8.15 malam semalam (20 Mei). Setelah berjaya menjejakkan kaki ke puncak Everest, semua pendaki kini dalam perjalanan turun semula ke Kem 4 untuk bermalam sebelum turun ke Kem 2 pada 22 Mei untuk bermalam dan akhir sekali ke EBC di ketinggian 5,363 meter dpl pada 23 Mei.
     Pada 2 April lalu, kumpulan pendaki anak-anak muda Felda itu bersama 13 pendaki sokongan berlepas ke Kathmandu, Nepal untuk menjalani latihan di Banjaran Himalaya termasuk Gunung Lobuche Timur dan Island Peak dalam misi menawan puncak tertinggi dunia, Gunung Everest.
Ekspedisi yang dikenali Demi Negara Everest Felda 2013 itu mendapat sokongan dan tajaan daripada Felda, Felda Global Ventures Holdings Bhd. dan Majlis Belia Felda Malaysia. - UTUSAN


© Utusan Melayu (M) Bhd

Senarai Pengurus Felda Kg New Zealand

Senarai nama pengurus yang berkhidmat di Kg New Zealand.
  1. Saw Sim Hock     1960-1962
  2. T. Mansor bin T. Yaakob      1962-1962
  3. Foo Khee Lim     1962-1963
  4. Mc. Cole JP.     1963-1963
  5. Mokhtar bin Mulop     1964-1965
  6. Yatim bin Alang     1965-1967
  7. Hasyim bin Abdullah     1967-1969
  8. Dahlan bin Musa     1969-1971
  9. Ab. Rahman bin Zainudin     1971-1977
  10. Mohd Yusof bin Arof    1977-1981
  11. Md. Yusof bin Md. Alim     1981-1984
  12. Hamzah bin Jaafar     1984-1986
  13. Md Fadzil bin Zainudin     1986-1989
  14. Abd. Latif bin Abu Bakar     1989-1994
  15. Sies bin Sayin     1994-2003
  16. Abd Ghani bin Razak     2003-2004
  17. Abd. Halim      2004-2010
  18. Rafii  bin Nawawi     2010 hingga 2012
  19. Encik ... 2012 - sekarang  (setakat catatan ini ditulis)

WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum