Sebenarnya ia adalah 'bidan terjun' apabila saya diminta oleh CEO Menara 188 untuk hadir membentangkan pengkisahan tersebut. Pegawainya menghubungi pada 9.00 malam dan minta hadir dalam jam 8.00 pagi keesokannya. Terkejut dan teruja. Saya maklumkan bahawa saya tak pandai berbahasa Inggeris, namun CEO kata 'takpe, dia ada'.
Bayangkanlah perasaan saya pada ketika itu. Dulu Tuanku pun ada. Maka, saya cabar diri dan sahut permintaan mereka. Maka, saya terus berada di Menara 188 pada pagi esoknya. Saya tayangkan video sejarah LG New Zealand yang saya buat 10 tahun sebelum.
Saya beranikan diri berbahasa Inggeris. Dengan Tuanku juga saya berbahasa Inggeris. Alhamdulillah, mereka faham dan amat teruja. Wah, hari paling indah rasanya. Ia sebuah kejayaan perjuangan saya. Mereka ucapkan terima kasih dan berhasrat untuk turun ke FNZ.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan