Gotong-royong akan diadakan di Perkuburan Kg New Zealand pada :
Tarikh : 6 Ogos 2010
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 petang
Para penduduk Kampung dan belia diharapkan dapat menghadirkan diri.
Jumaat, 6 Ogos 2010
Ahad, 1 Ogos 2010
KRT : Skim Rondaan Sukarela
Skim Rondaan Sukarela atau SRS adalah salah satu bentuk badan sukarela yang diwujudkan di bawah KRT bagi menjalankan rondaan keselamatan kampung. Bermula jam 12.00 malam hingga 6.00 pagi, rondaan dan kawalan keselamatan dijalankan di sekitar kampung. Dua pintu utama iaitu jalan masuk kg New Zealand dan jalan masuk Taman Seri Desa. Anggota SRS terdiri daripada penduduk kampung termasuk para belia. Pengerusi KRT, Cikgu Mohd Lazim bin Mahusin menggerakkan SRS bertujuan bagi mengambil tanggungjawab menjaga keselamatan kampung. Tahniah kepada SRS yang bergerak aktif. Dimaklumkan, setiap anggota SRS dilindungi insurans 24 jam.
Loji Air Kg New Zealand
1960-an
2010
Loji air kampung New Zealand ini menjadi nadi bagi Kg New Zealand, Pekan Sri Jaya, Kg Rahmat dan kawasan sekitarnya. Bekalan airnya memenuhi keperluan penduduk.
Klinik Desa Kg New Zealand
Dibuka sejak awal rancangan ini dibuka. Kini usianya telah mencecah 50 tahun. Terlalu banyak jasanya kepada keseluruhan penduduk di sini. Klinik Desa ini kini mempunyai dua orang jururawat bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk.
Perpustakaan Desa Kg New Zealand
Perpustakaan Desa Kg New Zealand ini terletak di atas bukit berhadapan Masjid Kg New Zealand. Ianya telah dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen Maran, Dato' Haji Ismail bin Hj Abd. Mutalib. Perpustakaan ini diuruskan oleh Perpustakaan Awam.
Ianya menjadi tempat pembacaan penduduk kampung dan berperanan menanam minat para penduduk Kg New Zealand untuk membaca buku. Di harapkan ianya dapat digunakan sebaiknya.
Langgan:
Catatan (Atom)
WELCOME
Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang
Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan
Sebuah kenangan
Penafian:
Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum