Selasa, 8 November 2016

Taman Tasik Bandar Maran.


Selamat Datang ke Bandar Maran, Pahang






Selamat datang ke Bandar Maran. Jauhnya lebih kurang 15 KM daripada Felda Kg New Zealand. Bandar bagi urus tadbir Daerah Maran. Sebuah pekan kecil yang begitu tenang dan aman. Di kelilingi perkampungan tradisional dan tanah FELDA.
    Pekan ini tidaklah besar seperti bandar daerah lain. Hanya 2 persimpangan lampu trafik yang kelihatan di bandar ini, cukup menyatakan bahawa tidak berlaku kesesakan lalu lintas. Jika dulu menjadi persinggahan dan laluan utama jalan raya timur ke barat, kini dengan wujudnya Lebuh Raya Pantai Timur, menjadikan ianya destinasi yang begitu tenang. Walaupun pembangunannya agak kurang, menjadi seperti pekan koboi, malam pula begitu sunyi, namun ia tetap pekan yang menarik. Teringat saya pada seorang bekas pegawai polis yang sudah pencen, tetap mahu tinggal di pekan ini walaupun sudah bersara daripada Ketua Polis daerah. Katanya, pekan ini agak tenang, selamat dan sesuai dijadikan tempat tinggal. Ke mana pergi, orang mengenali dan 'jiwa kampung' masih ada di bandar ini. Sukar nak mencari bandar yang seselesa ini, katanya lagi.
     Tidak dinafikan semuanya itu. Malah ada yang menyarankan agar ketenangan dan kedamaian yang ada pada hari ini, terus kekal sampai bila-bila. Walaupun pembangunannya banyak diagih ke kawasan Bandar Jengka, namun kemudahan tetap ada. Cuma beberapa penambahbaikan perlu dibuat. Antaranya seperti keperluan bank seperti Maybank bagi pelbagai urusan. Jika kini, kami terpaksa ke Jengka atau Kuantan, atau Temerloh yang memakan masa 1 jam perjalanan untuk urusan bank berkenaan.
     Alhamdulillah, Kentucky Fried Chicken (KFC) sudah memulakan operasinya di pekan kecil ini walaupun terpaksa ambil bebrapa tahun untuk mengkaji sambutan dan memastikan bilangan pelanggannya yang ramai. Memang bandar Maran agak ketinggalan berbanding Bandar Jengka, yang berada di daerah Maran. Namun bandar Maran ini tetap unik. Elok rasanya, bandar Maran ini dijadikan 'Bandar Pendidikan" dengan menempatkan kolej, atau institusi pendidikan tinggi. Dalam aspek pendidikan sendiri, Maran menjadi daerah terbaik UPSR. Sayangnya, anak-anak ini dihantar ke daerah lain bagi peringkat menengah terutamanya Maktab Sains Mara. Seeloknya, MRSM perlu diwujudkan di daerah ini.


Selasa, 4 Oktober 2016

SKKNZ 1970'an




Khamis, 29 September 2016

Gambar-gambar pelajar sekolah rendah SKKNZ 30 tahun lalu

1985

1980

1980

1985

1982

1981

3 tahun Blog New Zealand Village 'tergantung'.

Alhamdulillah, setelah 3 tahun berlalu, baru hari ini blog ini dapat dibuka semula. Bukan merajuk, bukan menghilang, tetapi masalah teknikal yang dihadapi. Syukur diwaktu rakan-rakan sekampung mula bertemu, blog ini dapat dihidupkan kembali. Diharapkan blog ini dapat terus dihidupkan dan memberi banyak manfaat kepada pembacanya.

Pertemuan rakan sekampung yang hampir 30 tahun berpisah, menyemarakkan lagi semangat saya untuk menghidupkan kembali blog ini khas bagi anak watan Kg New Zealand.

WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum