Rabu, 10 November 2021

Sejarah Awal Felda Kg New Zealand

 

Papan kenyataan menyatakan sejarah nama Kg New Zealand

Rumah peneroka di hadapan pejabat Felda dan sebelah Klinik (Blok D)

Felda Kg New Zealand terletak di negeri Pahang dan berada dalam daerah Maran. Jaraknya ke Bandar Maran lebih kurang 15 KM dan ke Bandar Kuantan lebih kurang 70 KM. Rancanmgan ini merupakan antara tanah rancangan FELDA yang tertu di Malaysia selepas Lurah Bilut. 

Luas rancangan ini ialah 2 500 ekar termasuklah 1660 ekar telah ditanam getah. Pada 1960, getah telah ditanam dan mula mengeluarkan hasil pada tahun 1967/68. Pada 1963, peneroka mula masuk rancangan.

Felda Kg New Zealand mula mendapat nama kerana memperingati dan menghargai bantuan dan kurniaan kerajaan New Zealand dalam membantu pembangunannya. Kerjasama ini adalah untuk mendirikan pertempatan di bawah perjanjian atau Rancangan Colombo yang termeterai antara kerajaan Malaysia dan negara-negara Komenwel. Pada asalnya rancangan tanah ini bernama Rancangan Kemajuan Tanah Sungei Kertam.

Kerajaan New Zealand telah menghantar dua orang pegawai sukarela bekerja dalam rancangan ini sebagai tanda kerjasama. Seorang daripadanya merupakan jururawat terlatih manakala seorang lagibertindak mengatur kerja dalam menjayakan usaha memelihara ikan air tawar.

Rancangan ini terbahagi kepada 2 peringkat penempatan penduduk yang setiap peringkat mempunyai Blok. Peringkat pertama (Blok A-D) dibuka pada tahun 1960/61, manakala peringkat 2 pada tahun 1963/64. 

Kini, semua ladang getah telah ditanam semula dan diganti dengan tanaman sawit keseluruhannya. 



WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum