Rabu, 16 November 2022

Suasana Raya PRU15 di Felda Kg New Zealand




 


Rakyat memilih PRU15



 

Hasrat rakyat




Pada pandangan koi..

Pekan Tajau perlu jadi 'main point" kepada pembangunan Maran. Jika nak memajukan Maran, Pekan Tajau yang juga menjadi Pekan UMNO perlu dihidupkan. Kena bawa pembangunan seperti industri perkilangan, industri asas tani, pusat pendidikan seperti MRSM, SBT dan penggerak kepada kawasan sekitar yang terdiri kampung tradisional dan FELDA.

Untuk itu, perlu ada 'Exit tol LPT' bagi menjadi penggerak dan pencetus kemajuan. 

Stesyen ECRL juga sepatutnya berada di Pekan Tajau. 

Sesiapa yang menjadi pemimpin atas sana, ikhtiar usaha untuk pembangunannya. Pekan2 lain seperti Kg Awah, Chenor, Bandar Maran, Sri Jaya, Sg Jerik juga perlu ditambahbaik. 

Bandar Maran juga perlu perubahan besar. Sayang jika eco pelancongan dan pembangunan yang dibina, terbelakang. 

Kita bukan sahaja memilih parti yang kuat, tapi juga pemimpin yang boleh bekerja kuat. Terserah kepada rakyat untuk memilih.

Koi pemerhati rakyat. Sebagai rakyat di Maran, koi inginkan Maran juga mampu sehebat daerah lain. 


Ahad, 31 Julai 2022

Rally kereta


 

Ahad, 22 Mei 2022

Blog-blog penulisan saya


Admin telah menyediakan satu tapak untuk perkongsian penulisan sama ada berkenaan sekolah, pendidikan dan sejarah melalui pautan http://mylink.la/jasminzealand. Semoga memberi manfaat kepada semua.

 

Ahad, 3 April 2022

Perkongsian Perihal Kg New Zealand di blog Bidasari Dinohauz.com

 Alhamdulillah, kisah Kg New Zealand telah mula diikuti dan diberi perhatian oleh masyarakat Malaysia. Antaranya melalui penulisan blogger Bidasari di halaman https://www.dinohauz.com/2022/03/tempat-menarik-maran-2022-kampung-new.html?m=1 

Semoga usaha yang dijalankan bagi mengenali dengan lebih dekat berkenaan Kg New Zealand memberi pendedahan kepada orang ramai sama ada warga Malaysia atau luar negara. Terima kasih kepada Majlis Daerah Maran yang berusaha membawa nama New Zealand Village dipersada dunia.





WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum