Selasa, 11 Oktober 2016
Selasa, 4 Oktober 2016
Khamis, 29 September 2016
3 tahun Blog New Zealand Village 'tergantung'.
Alhamdulillah, setelah 3 tahun berlalu, baru hari ini blog ini dapat dibuka semula. Bukan merajuk, bukan menghilang, tetapi masalah teknikal yang dihadapi. Syukur diwaktu rakan-rakan sekampung mula bertemu, blog ini dapat dihidupkan kembali. Diharapkan blog ini dapat terus dihidupkan dan memberi banyak manfaat kepada pembacanya.
Pertemuan rakan sekampung yang hampir 30 tahun berpisah, menyemarakkan lagi semangat saya untuk menghidupkan kembali blog ini khas bagi anak watan Kg New Zealand.
Pertemuan rakan sekampung yang hampir 30 tahun berpisah, menyemarakkan lagi semangat saya untuk menghidupkan kembali blog ini khas bagi anak watan Kg New Zealand.
Sabtu, 8 Jun 2013
Bangunan Pertubuhan Peneroka yang dulunya Bilik Enjin Elektrik
Mungkin ada yang masih mengingati bagaimana kampung New Zealand mempunyai elektrik 12 jam, di waktu kampung-kampung lain masih menggunakan pelita, dan lampu gassolin. Kg New Zealand bertuah kerana telah mendapat sumbangan 4 enjin generator elektrik sumbangan kerajaan New Zealand. Elektrik dibekalkan 12 jam iaitu mulai 7 malam hingga ke 7 pagi. Pada pukul 7.00 malam, kedengaran generator berbunyi menandakan elektrik sudah mengalir ke rumah-rumah. Jika enjin terpadam, maka ramailah yang terpaksa mencari lilin di kedai dan ada juga yang menunggu mekanik membaiki generator yang rosak.
Begitulah suasana kampung pada ketika itu (awal 80 an). Ketika itu, Kampung New Zealand amat bertuah mempunyai kemudahan yang disumbangkan oleh Kerajaan New Zealand termasuklah televisyen hitam putih (dipasangkan di Balai Raya), enjin air dan sebagainya. Tetapi kini, semua itu tinggal kenangan.
Generator elektrik tersebut telah ditempatkan pada November 1979 dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Sir Brian Talboys pada 8 November 1979. Generator tersebut akhirnya usang dan banyak mengalami kerosakan. Ia akhirnya dijual kepada peniaga Cina apabila kampung New Zealand telah mempunyai bekalan elektrik 24 jam dari Lembaga Letrik Negara (LLN) yang kini dikenali Tenaga Nasional Berhad (TNB), sekitar tahun 1986/1987.
![]() |
| Isteri Sir Brian Talboys menyempurnakan majlis penyerahan generator elektrik |
![]() |
| Lawatan Timabalan Perdana Menteri New Zealand ke Kg New Zealand November 1979. |
Selasa, 4 Jun 2013
Otai-otai kita di padang bola
Pemain-pemain bola veteren yang hadir bermain di padang SKKNZ. Permainan bermula jam 6.00 petang hingga jam 7.00 petang (sebelum maghrib tiba). Semua pemain diwajibkan melakukan pemanas badan atau senaman dahulu sebelum bermain. rata-rata pemain adalah berumur 40-an.
Ahad, 2 Jun 2013
Kampungku Tanpa Wayar (WIFI Percuma tanpa wayar)
Langgan:
Catatan (Atom)
WELCOME
Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang
Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan
Sebuah kenangan
Penafian:
Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum
























