NEW ZEALAND VILLAGE, MALAYSIA
Ruangan Blog ini adalah didedikasi untuk Kampungku.
Ahad, 15 Jun 2025
Sabtu, 14 Jun 2025
Khamis, 20 Mac 2025
Jemputan Kepada Ahli PAKK Maran Kg New Zealand
Assalamualaikum WBT & Selamat Pagi
Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR JAMAIE PUSAT AKTIVIT KANAK2 DAERAH MARAN TAHUN 2025
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, Pasukan Pelindung Kanak2 Daerah Maran dengan kerjasama Pusat Aktiviti Kanak2 Daerah Maran akan mengadakan Majlis Iftar Jamaie sebagai satu usaha untuk mengeratkan hubungan silaturrahum sesama komuniti setempat di samping untuk memperkenalkan PAKK ini kepada masyarakat sekeliling.
3. Sehubungan dengan itu,tuan/puan dijemput hadir ke majlis yang akan dijalankan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Ketetapan program adalah seperti berikut :
Tarikh : 21 Mac 2025
Masa : 6.00 Petang
Tempat : Pusat Aktiviti Kanak2, Felda Kg New Zealand
4. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Sabtu, 16 November 2024
Khamis, 19 September 2024
Kelas Tuisyen Matematik Percuma diteruskan olwh Cikgu Johar.
Tahniah Cikgu Johar yang saban tahun sentiasa memberikan terbaik buat anak cucu Kg New Zealand. Tuisyen percuma yang beliau berikan amat bermakna dan memberi manfaat kepada anak-anak yang mengambil SPM.
Sabtu, 17 Ogos 2024
Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (Satria): Menyantuni Kanak-Kanak & OKU Peringkat Daerah Mara tahun 2024.
Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (Satria): Menyantuni Kanak-Kanak & OKU Peringkat Daerah Mara tahun 2024.
Tarikh: 15 Ogos 2024 (Khamis)
Tempat: SK Kg. New Zealand & Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Daerah Maran, Felda Kg. New Zealand
Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Maran & Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Daerah Maran, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Maran dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Kg. New Zealand.
Antara pengisian program ini adalah senamrobik yang dijalankan di padang SK Kg. New Zealand yang melibat penyertaan hampir 250 orang yang terdiri daripada kanak-kanak pelajar prasekolah hingga darjah 6, Kanak-Kanak Tabika Kemas Kg. New Zealand, Tabika Perpaduan Kg. New Zealand, Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komunit Maran Sejahtera, Sukarelawan Anak Malaysia dan Sukarelawan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Daerah Maran.
Turut diadakan pertandingan mewarna yang disertai oleh Kanak-Kanak prasekolah, kanak-kanak tabika dan pelatih PPDK Maran Sejahtera.
Pada masa yang sama sukarelawan Anak Malaysia dan Sukarelawan PSKD Maran membantu kerja-kerja gotong royong menceriakan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Daerah Maran. Selesai gotong-royong, sukarelawan turut membantu kanak-kanak mewarna.
WELCOME
Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang
Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan