Ahad, 23 November 2025

Sudah 4 tahun berlalu. Gambar sewaktu Pengkisahan Sejarah Felda Kg New Zealand kepada KDYMM Pemangku Sultan Pahang (ketika itu) dan Pesuruhjaya Kedutaan New Zealand di Menara 188, Kuantan.



 Sebenarnya ia adalah 'bidan terjun' apabila saya diminta oleh CEO Menara 188 untuk hadir membentangkan pengkisahan tersebut. Pegawainya menghubungi pada 9.00 malam dan minta hadir dalam jam 8.00 pagi keesokannya. Terkejut dan teruja. Saya maklumkan bahawa saya tak pandai berbahasa Inggeris, namun CEO kata 'takpe, dia ada'. 

Bayangkanlah perasaan saya pada ketika itu. Dulu Tuanku pun ada. Maka, saya cabar diri dan sahut permintaan mereka. Maka, saya terus berada di Menara 188 pada pagi esoknya. Saya tayangkan video sejarah LG New Zealand yang saya buat 10 tahun sebelum. 

Saya beranikan diri berbahasa Inggeris. Dengan Tuanku juga saya berbahasa Inggeris. Alhamdulillah, mereka faham dan amat teruja. Wah, hari paling indah rasanya. Ia sebuah kejayaan perjuangan saya. Mereka ucapkan terima kasih dan berhasrat untuk turun ke FNZ. 


Gambar lama yang mungkin ramai peneroka NZ cari.









 

Video awal Penempatan Felda Kg New Zealand dan kerjasama Kerajaan New Zealand.

Akhirnya GB berjumpa juga dengan video ini. Barulah nampak hidup dan real. Nampak wajah anak-anak dan peneroka awal. Namun video ini tak panjang.  Perlu digali lagi oleh generasi mendatang.


WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum