Isnin, 20 Disember 2010

Ceramah Selamatkan Gaza : Oleh Dr.Syed Muhammad Haleem ( Malvara)






Program anjuran JKKK ini telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kg New Zealand pada 14 November 2010 yang lalu. Dr Muhammad Haleem, yang terlibat secara langsung dalam Trajedi Mavi Malvara telah menyampaikan ceramah berkenaan kejadian serangan Israel ke atas kapal Mavi Malvara. Satu persatu detik genting dan mencemaskan telah beliau ceritakan.
     Apa yang penting, ialah bagaimana sebagai umat Islam, kita berusaha untuk melepaskan saudara kita di Palestin daripada cengkaman, hinaan, dan kepungan Rejim Zionis. Begitu mengusik perasaan apabila melihat video yang dipertontonkan tentang kekejaman Zionis dan bagaimana kapal Mavi Malvara dirampas. Beliau dalam ceramahnya, telah memperingatkan kita tentang perjuangan hidup dan agama kita.Walaupun nyawanya hampir melayang, namun kita dapat lihat kekuatan jiwa beliau dalam menghadapi situasi getir. Dikala rakan-rakan aktivis dibunuh, syahid dan cedera, beliau bersama semua aktivis tetap berjuang. Syukurlah, beliau terselamat.
     Kita juga bersyukur kerana aktivis ini hadir ke kampung kita. Banyak perkara yang telah beliau dedahkan dan sama-sama berkongsi rasa perjuangan para Syuhada dan anak-anak Palestin. Kepada kita, rakyat Malaysia dan umat Islam, kita diperlihatkan penderitaan Palestin. Apakah kita sekuat mereka? apakah kita mampu perjuangkan Islam?
     Kepada Dr Muhammad Haleem, terima kasih kerana hadir ke Kg New Zealand dan bersama kami. Kita mengharapkan program seumpama ini akan dilaksanakan lagi selepas ini. InsyaAllah, program ini akan lebih meluas dan kita mengharapkan sokongan daripada semua penduduk kampung untuk turut hadir. Bukan senang untuk membawa pejuang yang sanggup berjihad, menyabung nyawa di hujung senjata Zionis, meninggalkan anak isteri dan harta benda, dan bukan senang nak bertemu mereka di kampung kita.

 

Kenangan: Barisan penggerak Belia 2009-2010

Sabtu, 18 Disember 2010

FELDAku

Hakmilik Tanak di FELDA

Sila ikuti lanjut. KLIK

Sabtu, 27 November 2010

Apakhabar anak-anak watan kampungku?

Musim cuti persekolahan telah datang. Ramai yang mula mencari aktiviti-aktiviti untuk anak-anak. Ada yang melancong dan ada pula yang balik ke kampung. Isikan ruang masa yang ada bersama anak-anak kita. Eloklah rasanya membawa mereka melihat keindahan Malaysia terutama tempat-tempat bersejarah.
     Kepada anak watan yang bekrja di luar sana, eloklah pulang sekali sekala ke kampung halaman kita. Rindukah kita? Bawalah anak-anak untuk kernali sejarah kita, mendekati datuk dan nenek, atau menziarahi pusara mereka yang telah kembali ke rahmatullah. Kg New Zealand sudah separauh abad usianya. Banyak sudah sejarah terpahat dan ada yang menjadi kenangan. Gah seperti namanya, gah juga dari sejarahnya. Biarlah anak cucu kita kenal sejarah kita. Jika ada idea atau apa sahaja yang baik untuk dikongsi atau disumbang kepada kampung kita, bantulah kampung kita.
    Kini, enth berapa kerat sahaja orang tua atau peneroka asal. Yang lain telah 'pergi'. Anak muda pula sudah tidak ramai dan semeriah 20 tahun lalu dan kebanyakannya generasi ke 3. Nasib baik ada Taman Seri Desa yang menambah bilangan penduduk kampung. Kalau tidak, tentu sunyi sepi kampung kita.
    Jejakkan kaki anda ke kampung kita. Baliklah kampung lihat dan imbaukan kembali sejarah yang pernah kita bina bersama

Khamis, 23 September 2010

Program Baca Puisi dan Pertandingan Lagu Patriotik Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 (Daerah Maran)

Pejabat Pelajaran Daerah Maran bersama kerjasama ahli-ahli Yang Berhormat Parlimen dan DUN, Majlis Belia dan Agensi Kerajaan, akan mengadakan Program Baca Puisi dan Pertandingan Lagu Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan 2010. Program ini akan diadakan pada;

Tarikh : 2 OKTOBER 2010
Tempat : Kem Tengku Puan Pahang, Maran
Masa : 8.00 pagi hingga 12 malam

Para belia dan beliawanis dijemput sertai. Program ini berkonsepkan santai dan terbuka kepada semua golongan masyarakat. Pertandingan Lagu Patriotik dijalankan mengikut 2 kategori iaitu:

1. Kategori Sekolah Rendah
2. Kategori Terbuka ( Para Belia/Beliawanis/orang ramai)

Pada malam itu juga akan diadakan pembacaan puisi oleh semua peserta nyanyian lagu patriotik dan para tetamu termasuklah orang ramai. Dijangka antara pemuisi yang hadir mendeklamasikan sajak mereka ialah

Sutung Umar R.S
Sani Sudin (Kopratasa)
S.M. Zakir
Roslan Madun
Rahimidin Zahari
Para Jemputan VIP
Ahli Persatuan dan orang ramai.

Semua Persatuan Belia di Daerah Maran dijemput meyertai program dan pertandingan ini. Sokongan dan kerjasama semua amat diharapkan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53 tahun. Hadiah menarik menanti anda;
Johan         : RM200 bersama sijil
Naib Johan : RM150 bersama sijil
Ketiga        : RM100 bersama sijil
Saguhati     : 7 X RM30 bersama sijil.

Kepada rakan belia di Kg New Zealand, mari sertai dan rasai pengalaman kemeriahannya. Yang penting, beranikan diri dan paparkan bakat anda. Jangan lupa bawa CD nyanyian lagu Patriotik (karaoke). Jom sertai.

Rabu, 22 September 2010

Ternakan Kambing Di Kg New Zealand

d

Ternakan kambing banyak diusahakan di kampung kita. Ianya diusahakan secara persendirian oleh lebih kurang 5 orang penternak. Walaupun dengan modal sendiri, namun mereka ini gigih mengusahakan ternakan ini. Diharapkan usaha murni mereka ini dapat terus membawa kejayaan dan kemajuan.

WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum