Khamis, 19 Februari 2026
Ahad, 23 November 2025
Sudah 4 tahun berlalu. Gambar sewaktu Pengkisahan Sejarah Felda Kg New Zealand kepada KDYMM Pemangku Sultan Pahang (ketika itu) dan Pesuruhjaya Kedutaan New Zealand di Menara 188, Kuantan.
Sebenarnya ia adalah 'bidan terjun' apabila saya diminta oleh CEO Menara 188 untuk hadir membentangkan pengkisahan tersebut. Pegawainya menghubungi pada 9.00 malam dan minta hadir dalam jam 8.00 pagi keesokannya. Terkejut dan teruja. Saya maklumkan bahawa saya tak pandai berbahasa Inggeris, namun CEO kata 'takpe, dia ada'.
Bayangkanlah perasaan saya pada ketika itu. Duli Tuanku pun ada. Maka, saya cabar diri dan sahut permintaan mereka. Maka, saya terus berada di Menara 188 pada pagi esoknya. Saya tayangkan video sejarah Kg New Zealand yang saya buat 10 tahun sebelum.
Saya beranikan diri berbahasa Inggeris. Dengan Tuanku juga saya berbahasa Inggeris. Alhamdulillah, mereka faham dan amat teruja. Wah, hari paling indah rasanya. Ia sebuah kejayaan perjuangan saya. Mereka ucapkan terima kasih dan berhasrat untuk turun ke FNZ.
Video awal Penempatan Felda Kg New Zealand dan kerjasama Kerajaan New Zealand.
Ahad, 15 Jun 2025
Sabtu, 14 Jun 2025
Khamis, 20 Mac 2025
Jemputan Kepada Ahli PAKK Maran Kg New Zealand
Assalamualaikum WBT & Selamat Pagi
Tuan/Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR JAMAIE PUSAT AKTIVIT KANAK2 DAERAH MARAN TAHUN 2025
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, Pasukan Pelindung Kanak2 Daerah Maran dengan kerjasama Pusat Aktiviti Kanak2 Daerah Maran akan mengadakan Majlis Iftar Jamaie sebagai satu usaha untuk mengeratkan hubungan silaturrahum sesama komuniti setempat di samping untuk memperkenalkan PAKK ini kepada masyarakat sekeliling.
3. Sehubungan dengan itu,tuan/puan dijemput hadir ke majlis yang akan dijalankan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Ketetapan program adalah seperti berikut :
Tarikh : 21 Mac 2025
Masa : 6.00 Petang
Tempat : Pusat Aktiviti Kanak2, Felda Kg New Zealand
4. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
WELCOME
Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang
Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan


























