Cuti sekolah telah bermula. Banyaklah kenduri kendara. Bertambahlah saudara kita. Ramailah kaum kerabat kita. Beliawanis kita akan disunting orang. Belia pula akan menyunting bunga di kampung serndiri atau di kampung lain. Ada yang bertemu jodoh sama kampung. ada yang dari jauh datangnya. itulah jodoh..
Semoga perkahwinan membawa kebahgiaan abadi. Kita menumpang gembira. Selamat menjadi warga atau waris Kg New Zealand. Kepada yang melangsungkan perkahwinan, selamat pengatin baru.. Kepada yang belum lagi, carilah jodoh yang terbaik.
Ahad, 6 Jun 2010
Ahad, 30 Mei 2010
Masjid Kita
Umur Kg New Zealand sudah hampir 50 tahun. Sayangnya masjid kita masih macam dulu. Lihatlah pada hari Jumaat, masjid penuh sesak. Apatah lagi musim sembahyang hari raya, tak muat masjid. terpaksa bawa sejadah atau tikar dari rumah. Sekarang, masjid kita menjadi mukim bagi Kg New Zealand, Kg Sg Kertam, dan Pekan Sri Jaya. Bukan itu sahaja, ia sentiasa dikunjungi oleh mereka yang singgah atau yang bekerja di LPT. Tambahan pula, musafir Pakistan dan jemaah Tabligh cukup berminat untuk bersama mengimarahkan masjid ini. itu belum lagi pembukaan taman di Sri Jaya. Kalau sudah ada penghuni taman tersebut, maka padatlah masjid kita. kita cukup suka jika masjid digunakan, tetapi bukan sekadar Jumaat semata-mata.
Rasanya sudah bertahun-tahun isu masjid diperjuangkan. Cuma tak ada siapa yang berani masukkan isu ini ke TV atau surat khabar. .Kita berharap pihak-pihak berkenaan ambil perhatian perihal masjid ini. Pihak JKK dan masjid sudat memohon, FELDA juga telah membantu dengan membaiki. Harap lepas ini kita akan memiliki Masjid baru yang lebih besar dan dimakmur/makmumkan.
Saya rasa eloklah kita cari anisiatif baru supaya masjid yang kita idamkan cepat tercapai. Dengar kata, masjid dah lulus, cuma tunggu green light bila nak bina. Saya rasa eloklah diperjuangkan bagi keselesaan dan kesejahteraan bersama. Itulah susahnya jika mengharapkan sumbangan kerajaan dan orang lain. Banyak proses dan karenahnya. Kampung lain sudah ada masjid baru tetapi kita cukup susah. Rasanya hampir berbelas tahun diusahakan namun belum nampak hasilnya.
Kalaulah kita menjadi 'Islam yang hebat'. Sanggup keluarkan modal dan duit sendiri membina rumah Allah. Satu kampung bersama membina masjid, alangkah bertuahnya. Namun, inilah hakikatnya di tempat kita dan Malaysia amnya. Kita terlalu jauh untuk menjadi seperti itu. Kalau boleh kita hendak masjid yang besar, cantik, gah dan hebat namun kita tidak sanggup korbankan sedikit harta kita ke situ.
Kita harap, masjid yang kita harapkan dapat dibangunkan di Kg New Zealand pada waktu terdekat ini atau dalam rancangan Malaysia ke 10. Sama-samalah kita berdoa.
Selain kita mengharapkan masjid di bina, kita juga berharap masjid juga terus menjadi tempat berjemaah semua penduduk kampung. Biarlah masjid dekat dihati kita. Semua pihak harus bersama dalam pembangunan masjid dan diharap masjid menjadi tempat penyatuan kita. insyaalah.

Jumaat, 28 Mei 2010
HARAPAN TANPA SUARA
Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu
Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku
Korus:
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang
Di manakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah
Lagu: S. Atan
Lirik : Habsah Hassan
Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu
Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku
Korus:
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang
Di manakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah
Lagu: S. Atan
Lirik : Habsah Hassan
Rabu, 26 Mei 2010
Belia dan integriti
Harap semua belia dapat menanamkan integriti diri dalam menghadapi cabaran yang mendatang
http://www.iim.com.my/v3/st_event/newsclipping/mingguanmalaysia_1.jpg
http://www.iim.com.my/v3/st_event/newsclipping/mingguanmalaysia_1.jpg
Selasa, 18 Mei 2010
Sana sini facebook.
Nampaknya musim facebook melanda seluruh masyarakat. Setiap orang akan bina facebook masing-masing. Ianya bertujuan mencari rakan sembang. Ramai kenalan dan hubungan yang lama mungkin bertaut kembali. tetapi jangan lupa, ada juga keburukannya jika ada yang tidak bertanggungjawab seperti unsur lucah, ganas, dan politik pedas. Yang penting klita eratkan siraturahim.
Langgan:
Catatan (Atom)
WELCOME
Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang
Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan
Sebuah kenangan
Penafian:
Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum