Ahad, 30 Mei 2010

Masjid Kita

Umur Kg New Zealand sudah hampir 50 tahun. Sayangnya masjid kita masih macam dulu. Lihatlah pada hari Jumaat, masjid penuh sesak. Apatah lagi musim sembahyang hari raya, tak muat masjid. terpaksa bawa sejadah atau tikar dari rumah. Sekarang, masjid kita menjadi mukim bagi Kg New Zealand, Kg Sg Kertam, dan Pekan Sri Jaya. Bukan itu sahaja, ia sentiasa dikunjungi oleh mereka yang singgah atau yang bekerja di LPT. Tambahan pula, musafir Pakistan dan jemaah Tabligh cukup berminat untuk bersama mengimarahkan masjid ini. itu belum lagi pembukaan taman di Sri Jaya. Kalau sudah ada penghuni taman tersebut, maka padatlah masjid kita. kita cukup suka jika masjid digunakan, tetapi bukan sekadar Jumaat semata-mata.
    Rasanya sudah bertahun-tahun isu masjid diperjuangkan. Cuma tak ada siapa yang berani masukkan isu ini ke TV atau surat khabar. .Kita berharap pihak-pihak berkenaan ambil perhatian perihal masjid ini. Pihak JKK dan masjid sudat memohon, FELDA juga telah membantu dengan membaiki. Harap lepas ini kita akan memiliki Masjid baru yang lebih besar dan dimakmur/makmumkan.
   Saya rasa eloklah kita cari anisiatif baru supaya masjid yang kita idamkan cepat tercapai. Dengar kata, masjid dah lulus, cuma tunggu green light bila nak bina. Saya rasa eloklah diperjuangkan bagi keselesaan dan kesejahteraan bersama. Itulah susahnya jika mengharapkan sumbangan kerajaan dan orang lain. Banyak proses dan karenahnya. Kampung lain sudah ada masjid baru tetapi kita cukup susah. Rasanya hampir berbelas tahun diusahakan namun belum nampak hasilnya.
   Kalaulah kita menjadi 'Islam yang hebat'. Sanggup keluarkan modal dan duit sendiri membina rumah Allah. Satu kampung bersama membina masjid, alangkah bertuahnya. Namun,  inilah hakikatnya di tempat kita dan Malaysia amnya. Kita terlalu jauh untuk menjadi seperti itu. Kalau boleh kita hendak masjid yang besar, cantik, gah dan hebat namun kita tidak sanggup korbankan sedikit harta kita ke situ.
    Kita harap, masjid yang kita harapkan dapat dibangunkan di Kg New Zealand pada waktu terdekat ini atau dalam rancangan Malaysia ke 10. Sama-samalah kita berdoa.
    Selain kita mengharapkan masjid di bina, kita juga berharap masjid juga terus menjadi tempat berjemaah semua penduduk kampung. Biarlah masjid dekat dihati kita. Semua pihak harus bersama dalam pembangunan masjid dan diharap masjid menjadi tempat penyatuan kita. insyaalah.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum