Sabtu, 15 Mei 2010

Belia Kreatif, Pemacu Pembangunan Negara

Tahun ini (2010), Sambutan Hari Belia disambut secara meriah di Putrajaya. Dengan tema, 'Belia Kreatif, Pemacu Pembangunan Negara', sudah semestinya ia amat diberi perhatian oleh semua pihak dan YAB Perdana Menteri sendiri amat prihatin kepada belia.
     Sudah tiba masanya, semua pihak berganding bahu dalam membawa satu wardah baru perjuangan belia. Pada tahun ini, TV3 juga mengambil bahagian sambil mengadakan 'Jom Heboh' dan kali ini Sambutan Hari Belia lebih bersifat Karnival. Badan kerajaan dan swasta juga mengambil bahagian. Maka, 'membeliakan masyarakat' amat bertepatan dan dekat dengan jiwa belia malah mencapai aspirasi belia dan negara.
     Beli pada hari ini semakin kehadapan. Ramai belia merupakan golongan berpendidikan dan inilah hasil daripada usaha kerajaan selama ini untuk membentuk kepimp[inan berkualiti di masa hadapan. Perlunya melihat apa yang terbaik buat belia.kita tidak mahu lagi golongan belia berada di barisan belakang dan kurang diberi kepercayaan dan penghargaan. Kita mahukan belia hari ini yang berani tampil memberi pendapat, idea, dan bersama menggerakkan segala usaha. Kita mahu belia yang berani membuat keputusan dan bukan sekadar peserta sahaja. Belia perlu bangkit dan melaksanakan sendiri apajua acara, majlis atau program tanpa terlalu mengharap belas ehsan orang lain.Jangan jadi belia yang terlalu 'bergantung'.
     Belia juga perlu bijak, mampu berdikari, kreatif dan inavatif. Belia juga harus diberi kepercayaan. Transformasi memperkasakan belia amat perlu dewasa ini. Zaman telah berubah dan belia tidak sanggup lagi diperlekehkan. Kita sering dihambat oleh permasalahan beliayang terhumban ke lembah hina seperti dadah, perbuatan sumbang, gejala sosial dan keruntuhan akhlak.  Itulah realitinya. Zaman manapun kita, itulah apa yang berlaku kepada golongan muda. Zaman mutakhir ini, terlalu banyak permasalahan berlaku namun sebagai belia yang terdidik dengan agama dan pelajaran, perlulah keluar dari budaya sedemikian.
    Marilah kita, membina kembali kekuatan yang ada. Kita sulamkan kembali sejarah pengorbanan pemimpin terdahulu. Kita pacu diri dan negara bangsa kita dengan semangat yang jitu dan jati diri yang ampuh. Kita tidak mahu lagi menjadi beban kepada masyarakat dan negara kita.Buangkan segala kekeruhan, budaya songsang, budaya yang tidak sihat. Kita pegang diri dan iman kita dengan kesucian iman dan kepatuhan kepada Allah. Itulah tunjang kekuatan kita.
    Kepada semua belia, selamat Hari Belia. Jadilah belia yang kreatif yang mampu memimpin masa hadapan dan memacu pembangunan negara bangsa.
Sekian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum