Kepada semua belia yang memandang ke hadapan, yang meyokong perjuangan belia, teruskan sokongan dan perjuanganmu. Banyak perkara yang perlu kita uruskan. Misi dan visi kita juga masih jauh. Jika agenda yang diimpikan diteruskan dengan kesabaran, insyaallah, Persatuan belia Kg New Zealand boleh bergerak maju.
Banyak cabaran yang telah dilalui. Cabaran juga akan terus menanti dan menghantui kita. Untuk bergerak sebagai sebuah badan sukarela, memang suatu yang agak sukar sekiranya tiada kekuatan dalam diri. Nak menghimpunkan belia dalam satu aktiviti pun agak sukar. Di samping pelbagai cabaran dan pandangan sinis dari luar, belia kita mampu terus ke depan.
Lihatlah apa yang telah kita usahakan, balai raya yang dulunya terbiar sepi, kini terus menjadi tempat berkumpul para belia. Beliawanis juga sudah berani tampil kehadapan. Dulu ada yang berkata ,"lebih baik jadi kandang kambing sahaja, malah macam kandang kambing pun". Masih terngiang-ngiang apa yang diperkatakan si orang muda tersebut. Ingatkan balik kampung dapat beri semangat tapi lain pula jadinya. Namun, hari ini berdiri megah balai raya tersebut (hampir 50 usianya) malah dikenali sebagai Balai Belia. Setelah diadakan Pusat Cyber, ramailah golongan muda yang bersama. Ada yang mengatakan bahawa ianya tempat lepak, tempat menghabis masa, menghabis duit dan sebagainya. Itulah asam garam. Namun ada juga yang positifnya. Contohnya, jika dulu warung kopi dan karaoke di kunjungi mereka, kini semuanya berkumpul di Balai Belia. Jika dulu ramai yamg ke Sri Jaya, cabut ekor, main judi, berabis duit beratus ringgit satu malam, kini semua nya main facebook diinternet. Jika dulu mak ayah tak tahu di mana anak-anak duduk lepak, kini dah tahu tempat yang mudah dicari. Jika dulu, pukul 2 atau 3 pagi balik ke rumah, sekarang cukup masa sudah balik rumah.
Nak menjayakan sesuatu bukan senang. Memang ada baik dan buruknya. Kita tak nafikan. Cuma kita berharap semua pihak main peranan membantu mengawal dan bersama para belia. Tegurlah secara berhemah. Terima kasih kepada yang prihatin.
Kepada para belia, gunakan kemudahan yang ada dengan bermanfaat. Jangan buat sesuatu yang diluar batasan. Elakkan diri dari jenayah atau perkara yang tidak baik. Kalau boleh elakkan merokok di balai Belia. Adik-adik yang kecil nanti terikut. Anda bijak, anda hebat. Jangan jadi 'sang nyamuk'...Ingat pesan ayah, emak, tok-tok nenek kita dulu. Kita harus bersyukur dengan apa yang ada. Fikir-fikirkanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan