Jumaat, 7 Mei 2010

Bola Jaring dan Futsal

Tahniah kepada pasukan bola jaring beliawanis kita yang berjaya meeanangi perlawanan persahabatan dengan Sri Makmur hari ini. Jaringan besar katanya. Baguslah begitu. Kalau boleh lepas ini susun perlawanan dan war-war kat kampung. Barulah satu kampung turun bagi sokongan. Dengarnya , Beliawanis kita akan adakan kejohanan bola jaring  pada cuti sekolah nanti. baguslah begitu. Elok berbincang dan mesyuarat penyelarasan dahulu. Barulah 'grand'.

       Futsal pula terus maju. Selain setiap minggu pergi bermain dan berlawan di Gelanggang Futsal Indera Mahkota, kini padangfutsalpun bertambah menjadi tiga. Baru-baru ini, atas usaha para belia, mereka telah membeli sepasang tiang gol baru. Modal pun sendiri, namun yang pastinya mereka puas. Esok, ejohanan Futsal akan di adakan . Yang seronoknya permintaan beliawanis, nak main juga . Mungkin esok, ada futsal lelaki dan futsal wanita. Teruskan kecemerlangan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum