Isnin, 20 September 2010

Hari Raya Penuh Bermakna Buat Kita Semua

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa di Ramadhan yang Mubarak dan barakah, kini tiba pula Syawal yang dinanti. Tahun ini Aidilfitri disambut dengan penuh kesederhanaan. Gembira melihat sanak saudara, anak watan, cucu dan cicit peneroka kembali ke kampung kita yang permai untuk sama-sama menyambut Aidil fitri bersama keluarga tercinta. Tahniah kepada mereka yang pulang menemui ayahanda dan bonda atau menzizrahi pusara ayahanda dan bonda yang telah pergi ke Rahmatullah.
      Suasana yang agak sepi selama ini, riuh dan menimbulkan pelbagai nostalgia semalam apabila melihat anak-anak kecil bermain bunga api, memasang pelita dan ada pula yang membakar mercun. Para belia juga, turut sama memeriahkan suasana dengan membakar lemang dan membantu keluarga di rumah. Persatuan Belia juga telah mengadakan majlis berbuka puasa di masjid. Pada malam raya, AJK belia bersama-sama membakar lemang sambil beramah mesra.
     Pada hari raya, selepas Sembahyang Sunat Aidilfitri, para belia telah membuat 'Baraan' ataupun kunjungan ke rumah-rumah ahli belia. Diharap amalan kunjung mengunjung ini dapat diteruskan pada masa akan datang malah lebih ramai lagi bilangan pesertanya.
    Pada hari raya kedua, ramai yang telah menghadiri Majlis Bacaan Yassin dan Ziarah di Perkuburan Kg New Zealand. Majlis ini dibuat secara beramai-ramai, cukup menyentuh hati kita dan ingatan kepada mereka yang telah kembali ke Rahmatullah. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang, malah di bulan lain juga.
     Program Rumah Terbuka akan diteruskan dan diharapkan program seumpama ini dapat mengeratkan siraturahim antara kita semua. Yang Keruh kita jernihkan dan Yang Terputus kita jalinkan kembali.
Belia Kg New Zealand mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum