Rabu, 22 September 2010

Mari Kita Mendaftarkan Diri Sebagai Pengundi

Sebagai anggota masyarakat dan rakyat yang cintakan negara, marilah kita mendaftarkan diri sebagai pengundi. Jika sudah cukup kelayakan sebagai pengundi, eloklah daftarkan diri di mana-mana kaunter pendaftaran SPR. Isu belia ramai yang tidak mendaftar diri sebagai pengundi begitu banyak diperkatakan kini.
     Di media massa dan elektronik telah banyak dibicarakan dan pelbagai pendangan diberi terhadap tahap kesedaran goolongan muda untuk mengundi. Tidak kira fahaman politik dan parti, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan masa depan negara yang cemerlang, wajib menunaikan tanggungjawab ini. Belia yang bijak ialah belia yang berwawasan dan mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap negara. Jangan hanya pandai bercakap dan meluahkan rasa tentang politik negara, tetapi tidak mengundi. Alangkah ruginya.
    Belia harus dibawa dan disedarkan akan tanggungjawab mereka. Jangan ada yang lalai dan lupa akan pentingnya sebagai pengundi. Kita penentu masa hadapan negara dan kepimpinan masa hadapan. Jangan ikut rasa hati semata-mata, tetapi haruslah bijak dan bertanggungjawab. Undian anda amat bermakna.
     Dengan ada hak mengundi, kita harus bijak memilih dan kita bertanggungjawab atas undian kita. Sebagai sebuah negara yang demokrasi, kita mempunyai parti yang memperjuangkan agenda politik mereka. Bijaklah memilih bagi diri kita, dan negara kita. Keamanan, kejayaan negara kita terletak di tangan kita dan harus kita kekalkan bagi generasi akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum