Sabtu, 8 Mei 2010
Kejohanan Futsal padang tertutup dan Jemputan Kg New Zealand : Tahniah
Tahniah kepada 'FELDA United' yang berjaya memenangi kejohanan Tertutup dan Jemputan Kg New Zealand yang diadakan di Padang Belia Kg New Zealand, pada hari Sabtu 8 Mei 2010. Tahniah juga kepada semua pasukan yang mengambil bahagian. Tidak lupa juga kepada ajk pertandingan yang banyak memainkan peranan. Terima kasih kepada semua terutama kepada hadirin yang hadir menyokong.
Berikut keputusannya;
Johan : 'FELDA United'
Naib Johan : Sri Makmur
Ketiga : 'J.a.h.a.t FC'
Keempat : 'JKNZ'
Semua pasukan ; 8 pasukan secara liga 1 kumpulan
Berikut keputusannya;
Johan : 'FELDA United'
Naib Johan : Sri Makmur
Ketiga : 'J.a.h.a.t FC'
Keempat : 'JKNZ'
Semua pasukan ; 8 pasukan secara liga 1 kumpulan
Pasukan Sri Makmur (baju hijau) dan 'FELDA United' di Perlawanan akhir
Tuan Pengurus Felda Kg New Zealand, En Rafii turut hadir.
Gaya Saha
Jumaat, 7 Mei 2010
Bola Jaring dan Futsal
Tahniah kepada pasukan bola jaring beliawanis kita yang berjaya meeanangi perlawanan persahabatan dengan Sri Makmur hari ini. Jaringan besar katanya. Baguslah begitu. Kalau boleh lepas ini susun perlawanan dan war-war kat kampung. Barulah satu kampung turun bagi sokongan. Dengarnya , Beliawanis kita akan adakan kejohanan bola jaring pada cuti sekolah nanti. baguslah begitu. Elok berbincang dan mesyuarat penyelarasan dahulu. Barulah 'grand'.
Futsal pula terus maju. Selain setiap minggu pergi bermain dan berlawan di Gelanggang Futsal Indera Mahkota, kini padangfutsalpun bertambah menjadi tiga. Baru-baru ini, atas usaha para belia, mereka telah membeli sepasang tiang gol baru. Modal pun sendiri, namun yang pastinya mereka puas. Esok, ejohanan Futsal akan di adakan . Yang seronoknya permintaan beliawanis, nak main juga . Mungkin esok, ada futsal lelaki dan futsal wanita. Teruskan kecemerlangan anda.
Futsal pula terus maju. Selain setiap minggu pergi bermain dan berlawan di Gelanggang Futsal Indera Mahkota, kini padangfutsalpun bertambah menjadi tiga. Baru-baru ini, atas usaha para belia, mereka telah membeli sepasang tiang gol baru. Modal pun sendiri, namun yang pastinya mereka puas. Esok, ejohanan Futsal akan di adakan . Yang seronoknya permintaan beliawanis, nak main juga . Mungkin esok, ada futsal lelaki dan futsal wanita. Teruskan kecemerlangan anda.
Sebuah Monolog untuk Beliaku
SEBUAH MONOLOG
(gunakan loghat Terengganu)
Jadilah Awang (Tak Usahlah Awang)
Jadilah Awang
Kesian ke Ayoh
Jadilah hisap dadoh
Baliklah Awang
Tulong ayoh wak kije baroh
Pengat leboh tebuang jadi doh
Mu ni dio tok ketik
Kerbo baroh ajok mu kubang
Kambing ayoh ajok mu prambak bukit
Ayam lam gok ajok mu main galoh panjang
Baliklah Awang
Ayoh nok ajok mu smayang berimam
Tok pasa jugok mu bilang bulang bintang
Awang, mu kan laki
Bakpe dok panda pileh heroin
Tera dulu makang petai, dok payoh makang ganja
Tinggallah daun ketum, cubo tera makang makjon.
Awang, blajo makang bubor lambok
Mane tau buleh ganti ubat batok
Tinggallah dadoh awang
Mari ekot ayoh gi noreh getoh
Tinggallah syabu ectasi
Balik rumah mok rebuh tongkat Ali
Awang, dulu mu gemuk stuku
Loni, kuruh ceding, lawo kucing
Jadilah Awang
Ayoh ingat lagi, zaman kecik mu panda cabut ubi
Ayoh rindu tengok mu pikul padi boh lam gembong
Ayoh suko tengok mu duduk langguk tarik
Layor hambak burung
Mata keling anok klesong.
Zaman mu kecik ayoh warning tikuh
Jangan brambak! Takut mu kejot
Ayoh sms ke katok suruh panggil hujan
Nok suruh mu tido panjang
Bile mu besa, mu jadi hanyut
Pade mu makang bende busuk
Baik mu makang rumpuk
Sedap mate tengok mu gemok
Jadilah Awang
Baliklah, ayoh nok suruh mu jadi orang
Ayoh piak ayoh debuk
Bukan ayoh benci ke mu
Mok baloh ngan ayah siang malam
Mok lari kilek kusam, mu tetap mok menang
Kalu temilo ayoh tu mahal, ayoh nok gadai
Nok cari petua dadoh ganja
Nok suruh mu tinggal
Awang, kite bukan orang kaye
Ayoh noreh getoh, mok mu jual gambir
Kalu mu berenti isap dadoh
Kulitmu lembut mace kulit ayoh
Tinggallah dadoh tu Awang
Baliklah, mok nok ajok mu smayang (sembahyang)
(gunakan loghat Terengganu)
Jadilah Awang (Tak Usahlah Awang)
Jadilah Awang
Kesian ke Ayoh
Jadilah hisap dadoh
Baliklah Awang
Tulong ayoh wak kije baroh
Pengat leboh tebuang jadi doh
Mu ni dio tok ketik
Kerbo baroh ajok mu kubang
Kambing ayoh ajok mu prambak bukit
Ayam lam gok ajok mu main galoh panjang
Baliklah Awang
Ayoh nok ajok mu smayang berimam
Tok pasa jugok mu bilang bulang bintang
Awang, mu kan laki
Bakpe dok panda pileh heroin
Tera dulu makang petai, dok payoh makang ganja
Tinggallah daun ketum, cubo tera makang makjon.
Awang, blajo makang bubor lambok
Mane tau buleh ganti ubat batok
Tinggallah dadoh awang
Mari ekot ayoh gi noreh getoh
Tinggallah syabu ectasi
Balik rumah mok rebuh tongkat Ali
Awang, dulu mu gemuk stuku
Loni, kuruh ceding, lawo kucing
Jadilah Awang
Ayoh ingat lagi, zaman kecik mu panda cabut ubi
Ayoh rindu tengok mu pikul padi boh lam gembong
Ayoh suko tengok mu duduk langguk tarik
Layor hambak burung
Mata keling anok klesong.
Zaman mu kecik ayoh warning tikuh
Jangan brambak! Takut mu kejot
Ayoh sms ke katok suruh panggil hujan
Nok suruh mu tido panjang
Bile mu besa, mu jadi hanyut
Pade mu makang bende busuk
Baik mu makang rumpuk
Sedap mate tengok mu gemok
Jadilah Awang
Baliklah, ayoh nok suruh mu jadi orang
Ayoh piak ayoh debuk
Bukan ayoh benci ke mu
Mok baloh ngan ayah siang malam
Mok lari kilek kusam, mu tetap mok menang
Kalu temilo ayoh tu mahal, ayoh nok gadai
Nok cari petua dadoh ganja
Nok suruh mu tinggal
Awang, kite bukan orang kaye
Ayoh noreh getoh, mok mu jual gambir
Kalu mu berenti isap dadoh
Kulitmu lembut mace kulit ayoh
Tinggallah dadoh tu Awang
Baliklah, mok nok ajok mu smayang (sembahyang)
Teruskan perjuangan
Kepada semua belia yang memandang ke hadapan, yang meyokong perjuangan belia, teruskan sokongan dan perjuanganmu. Banyak perkara yang perlu kita uruskan. Misi dan visi kita juga masih jauh. Jika agenda yang diimpikan diteruskan dengan kesabaran, insyaallah, Persatuan belia Kg New Zealand boleh bergerak maju.
Banyak cabaran yang telah dilalui. Cabaran juga akan terus menanti dan menghantui kita. Untuk bergerak sebagai sebuah badan sukarela, memang suatu yang agak sukar sekiranya tiada kekuatan dalam diri. Nak menghimpunkan belia dalam satu aktiviti pun agak sukar. Di samping pelbagai cabaran dan pandangan sinis dari luar, belia kita mampu terus ke depan.
Lihatlah apa yang telah kita usahakan, balai raya yang dulunya terbiar sepi, kini terus menjadi tempat berkumpul para belia. Beliawanis juga sudah berani tampil kehadapan. Dulu ada yang berkata ,"lebih baik jadi kandang kambing sahaja, malah macam kandang kambing pun". Masih terngiang-ngiang apa yang diperkatakan si orang muda tersebut. Ingatkan balik kampung dapat beri semangat tapi lain pula jadinya. Namun, hari ini berdiri megah balai raya tersebut (hampir 50 usianya) malah dikenali sebagai Balai Belia. Setelah diadakan Pusat Cyber, ramailah golongan muda yang bersama. Ada yang mengatakan bahawa ianya tempat lepak, tempat menghabis masa, menghabis duit dan sebagainya. Itulah asam garam. Namun ada juga yang positifnya. Contohnya, jika dulu warung kopi dan karaoke di kunjungi mereka, kini semuanya berkumpul di Balai Belia. Jika dulu ramai yamg ke Sri Jaya, cabut ekor, main judi, berabis duit beratus ringgit satu malam, kini semua nya main facebook diinternet. Jika dulu mak ayah tak tahu di mana anak-anak duduk lepak, kini dah tahu tempat yang mudah dicari. Jika dulu, pukul 2 atau 3 pagi balik ke rumah, sekarang cukup masa sudah balik rumah.
Nak menjayakan sesuatu bukan senang. Memang ada baik dan buruknya. Kita tak nafikan. Cuma kita berharap semua pihak main peranan membantu mengawal dan bersama para belia. Tegurlah secara berhemah. Terima kasih kepada yang prihatin.
Kepada para belia, gunakan kemudahan yang ada dengan bermanfaat. Jangan buat sesuatu yang diluar batasan. Elakkan diri dari jenayah atau perkara yang tidak baik. Kalau boleh elakkan merokok di balai Belia. Adik-adik yang kecil nanti terikut. Anda bijak, anda hebat. Jangan jadi 'sang nyamuk'...Ingat pesan ayah, emak, tok-tok nenek kita dulu. Kita harus bersyukur dengan apa yang ada. Fikir-fikirkanlah.
Rabu, 5 Mei 2010
Poco-Poco
Anda berminat? Beliawanis yang berminat bolehlah bersama dalam latihan poco-poco yang diadakan secara mingguan di Dewan Orang Ramai Kg New Zealand. Sila hadir terus atau hubungi GPW atau badan gabungan yang bersamanya. Sihatkan diri anda sambil beriadah.
Nampaknya, sekarang kaum ibu dan beliawanis kita sudah minat bersukan, sama ada bola jaring, bersenam dan berjogging. Baguslah begitu. Akak-akak kita di Taman Sri Desa pun tiap-tiap petang berjoging bersama anak-anak. Yng lelaki, macamana? Takkan main dam aji je kat kedai. sekali-sekala joging atau beriadah dengan keluarga.
Nampaknya, sekarang kaum ibu dan beliawanis kita sudah minat bersukan, sama ada bola jaring, bersenam dan berjogging. Baguslah begitu. Akak-akak kita di Taman Sri Desa pun tiap-tiap petang berjoging bersama anak-anak. Yng lelaki, macamana? Takkan main dam aji je kat kedai. sekali-sekala joging atau beriadah dengan keluarga.
Kejohanan Futsal padang tertutup dan Jemputan Kg New Zealand
Kejohanan Futsal ini akan dilaksanakan pada;
Hari : Sabtu
Tarikh : 8/5/2010
Tempat : Padang Belia Kg New Zealand
Untuk makluman dan pendaftaran, sila hubungi Jasman, Abang Yan dan Aishah. (Pusat Cyber)
Hari : Sabtu
Tarikh : 8/5/2010
Tempat : Padang Belia Kg New Zealand
Untuk makluman dan pendaftaran, sila hubungi Jasman, Abang Yan dan Aishah. (Pusat Cyber)
Langgan:
Catatan (Atom)
WELCOME
Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang
Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan
Sebuah kenangan
Penafian:
Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum