Program ini telah diadakan pada 10 April 2013 di Dewan JKKK Kg New Zealand. Antara pertandingan yang diadakan ialah Masakan Percik, Serunding/agar-agar, minuman buah-buahan dan sebagainya. Turut hadir bersama dalam program tersebut ialah Pegawai Pejabat Perpaduan Daerah Maran, pegawai FELDA, Pengerusi JKKK, dan Pengerusi KRT Desa Nerw Zealand.
Rabu, 22 Mei 2013
Lawatan Kumpulan Qasidah Kg New Zealand ke Kuala Lumpur untuk Program Himpunan Malam Cintai Rasul
Pada 23/3/2013 seramai 10 orang anggota kumpulan Qasidah Kg New zealand telah meyertai Malam Cintai Rasul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan. Moga apa yang dilaksanakan memberi kekuatan rohani dan semangat buat perkumpulan ini.
Tahniah Anak FELDA berjaya tawan Everest

LUKLA 21 Mei - Enam daripada tujuh pendaki dari Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest di ketinggian 8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut (dpl) pagi ini.
Pendaki terawal, Mohd. Nasuha Shamsudin, 21, dari Felda Tersang 3, Raub, Pahang tiba di puncak pada pukul 8.31 pagi waktu Nepal, diikuti Mohamad Asyraf Mohd. Halim, 25, (Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi, Johor, 8.48 pagi); Muhammad Hafizuddin Ibrahim, 22, (Felda Chini Timur 1, Pekan, Pahang, 9.11 pagi); Zainudin Lot, 37, (jurulatih, 10.16 pagi); Myrza Fasha Md. Hamyrudin, 25, (Felda Tersang 3, Raub, Pahang) dan Muhammad Illaham Ishak, 37, (jurulatih), masing-masing 11 pagi.
Seorang pendaki lain, Siti Hanisah Sharuddin, 23, (Felda Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan) terpaksa berpatah balik setelah tiba di ketinggian 8,748 meter (South Summit) kerana masalah kesihatan.
Kesemua pendaki berkenaan merupakan peserta projek Everest-Felda 2013 kelolaan KE7B yang dipimpin bekas pendaki Everest 2004, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin. Dalam pendakian ini, dua rekod baharu dicipta apabila Mohd. Nasuha muncul sebagai pendaki termuda dan Myrza Fasha (pendaki wanita termuda) dalam sejarah mendaki Gunung Everest negara sejak tahun 1997.
Pada 1997, M. Magendran dan N. Mohandas muncul sebagai rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest. Rekod pendaki negara termuda sebelum ini dipegang oleh Muhamad Muqharabbin yang berusia 22 tahun ketika menakluk puncak Everest pada 2004.
Myrza Fasha memecahkan rekod dipegang oleh Marina Ahmad yang menjejakkan kaki ke puncak Everest ketika berusia 26 tahun pada 2007. Setiap kali pihak media dan pendaki sokongan menerima laporan tentang kejayaan para pendaki di Kem Induk Everest (EBC), beberapa sherpa bertugas akan mengetuk periuk bagi meraikan kejayaan para pendaki. Ini merupakan tradisi yang diamalkan oleh kumpulan sherpa setiap kali mendapat berita gembira kejayaan pendaki.
Mohd. Nasuha berkata: Alhamdulillah dengan izin Allah, saya kini berada di puncak Gunung Everest. Terima kasih semua," katanya ringkas dari puncak Gunung Everest melalui walkie-talkie kepada wakil media dan pendaki sokongan di EBC hari ini.
Menurutnya, beliau merupakan pendaki terawal tiba di puncak bersama Pemba yang merupakan seorang sherpa yang mengiringinya dalam pendakian tersebut. Mohamad Asyraf pula menjadi pendaki kedua tiba di puncak pada pukul 8.48 pagi. Asyraf kini berada bersama saya di puncak. Keadaan cuaca amat baik dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Matahari tidak terlalu terik," kata Mohd. Nasuha.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, beliau bersyukur kerana kesemua pendaki berjaya mencapai misi yang ditetapkan dalam projek Everest-Felda 2013. Menurutnya, walaupun pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa diharungi sepanjang menjalani latihan sejak tujuh bulan lalu, namun matlamat projek dapat disempurnakan.
Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas doa mereka untuk melihat anak-anak Felda ini berjaya melakar sejarah di puncak Gunung Everest. Kejayaan ini juga adalah kejayaan seluruh rakyat Malaysia," katanya melalui telefon di sini.
Pendakian fasa terakhir ke puncak menyaksikan kesemua pendaki meninggalkan Kem 4 di ketinggian 7,900 meter dpl pada pukul 8.15 malam semalam (20 Mei). Setelah berjaya menjejakkan kaki ke puncak Everest, semua pendaki kini dalam perjalanan turun semula ke Kem 4 untuk bermalam sebelum turun ke Kem 2 pada 22 Mei untuk bermalam dan akhir sekali ke EBC di ketinggian 5,363 meter dpl pada 23 Mei.
Pada 2 April lalu, kumpulan pendaki anak-anak muda Felda itu bersama 13 pendaki sokongan berlepas ke Kathmandu, Nepal untuk menjalani latihan di Banjaran Himalaya termasuk Gunung Lobuche Timur dan Island Peak dalam misi menawan puncak tertinggi dunia, Gunung Everest.
Ekspedisi yang dikenali Demi Negara Everest Felda 2013 itu mendapat sokongan dan tajaan daripada Felda, Felda Global Ventures Holdings Bhd. dan Majlis Belia Felda Malaysia. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130522/dn_02/Enam-anak-Felda-takluk-Everest#ixzz2TyajQpG2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Senarai Pengurus Felda Kg New Zealand
Senarai nama pengurus yang berkhidmat di Kg New Zealand.
- Saw Sim Hock 1960-1962
- T. Mansor bin T. Yaakob 1962-1962
- Foo Khee Lim 1962-1963
- Mc. Cole JP. 1963-1963
- Mokhtar bin Mulop 1964-1965
- Yatim bin Alang 1965-1967
- Hasyim bin Abdullah 1967-1969
- Dahlan bin Musa 1969-1971
- Ab. Rahman bin Zainudin 1971-1977
- Mohd Yusof bin Arof 1977-1981
- Md. Yusof bin Md. Alim 1981-1984
- Hamzah bin Jaafar 1984-1986
- Md Fadzil bin Zainudin 1986-1989
- Abd. Latif bin Abu Bakar 1989-1994
- Sies bin Sayin 1994-2003
- Abd Ghani bin Razak 2003-2004
- Abd. Halim 2004-2010
- Rafii bin Nawawi 2010 hingga 2012
- Encik ... 2012 - sekarang (setakat catatan ini ditulis)
Sabtu, 8 Januari 2011
'Golf Cart' jadi kegilaan orang kampung
'Golf Cart Secondhand' menjadi kegilaan di kampung. Beberapa orang penduduk telah memilikinya. Selain ianya unik, kuasa enjin yang kecil dan mudah dikendalikan. Ianya menjadi satu bentuk riadah sambil mengelilingi kawasan kampung. Ada juga yang menjadikan ianya sebagai kenderaan untuk ke masjid dan surau. Cuma kita harapkan, jangan dibiarkan anak-anak kecil yang membawanya. Jika berlaku kemalangan, kan susah cerita.
Ahad, 2 Januari 2011
Mungkin ada yang tidak tahu Felda Kg New Zealand kini sudah hampir 50 tahun. Ada pula yang belum tahu , mengapakah nama 'New Zealand' diberi.
Untuk makluman, Felda ini mula dibuka pada tahun 1960, 2 tahun selepas Lurah Bilut. Pada tahun 1962 barulah peneroka masuk. Pada awalnya ia dinamakan RKT Sungei Kertam, namun ditukarkan kepada RKTP Kg New Zealand. ini kerana pada masa tersebut dibawah Perjanjian Colombo (Komenwel) Kerajaan New Zealand telah membantu pembangunan kampung ini. antara kemudahannya ialah seperti generator elektrik , jalan tar, loji air, televisyen (ditempatkan di Balairaya, kongsi tengok ramai-ramai), bantuan susu sekolah dan banyak lagi.
Kini hampir 70 % peneroka telah kembali ke rahmatullah.
lihat perbahasan di http://www.pahangcommunity.com/t1425-felda-kg-new-zealand
Untuk makluman, Felda ini mula dibuka pada tahun 1960, 2 tahun selepas Lurah Bilut. Pada tahun 1962 barulah peneroka masuk. Pada awalnya ia dinamakan RKT Sungei Kertam, namun ditukarkan kepada RKTP Kg New Zealand. ini kerana pada masa tersebut dibawah Perjanjian Colombo (Komenwel) Kerajaan New Zealand telah membantu pembangunan kampung ini. antara kemudahannya ialah seperti generator elektrik , jalan tar, loji air, televisyen (ditempatkan di Balairaya, kongsi tengok ramai-ramai), bantuan susu sekolah dan banyak lagi.
Kini hampir 70 % peneroka telah kembali ke rahmatullah.
lihat perbahasan di http://www.pahangcommunity.com/t1425-felda-kg-new-zealand
Felda New Zealand
IF you get the chance to visit Felda Kampung New Zealand near Maran, Pahang, don't expect to stumble upon a New Zealander or catch a glimpse of cows grazing on lush green pastures.
What you will see instead are vast oil palm and rubber plantations.
The 50-year-old Felda settlement does not have the breathtaking landscape of New Zealand, made popular by Hollywood movies such as the Lord of the Rings and The Last Samurai, but it has a rich history.
Located along the federal trunk road between Maran and Sri Jaya in Pahang, Felda Kampung New Zealand was previously known as Felda Sungai Kertam. Its name was changed in 1962 to Felda New Zealand. It is populated largely by second and third generation settlers. Those of the first generation have mostly passed away.
Felda New Zealand administrative assistant Salmah Sulaiman and her colleague Rosli Md Diah were more than happy to answer questions about the settlement's old days.
Salmah said the settlement was the second oldest in the country after Felda Lurah Bilut in Bentong.
It never failed to capture the attention of passing motorists and tourists.
"Some curious local tourists have driven into the settlement to see what was so special about it, and to find out its connection with New Zealand.
"Usually if they drop by at our office, my colleagues would help clear their doubts."
She added that these visitors had hoped to meet expatriates from New Zealand.
Salmah said Felda Sungai Kertam was opened in 1960, about two years after Felda Lurah Bilut. The first batch of 137 settlers arrived there in 1962.
She explained that the name Felda New Zealand was given to commemorate the financial assistance and aid given by the New Zealand government. The financial assistance and aid were to help set up the settlement under the Colombo Plan.
"Under the Colombo Plan, another two Felda settlements, namely Felda Kampung LB Johnson in Negri Sembilan, which was named after former United States president Lyndon Baines Johnson, and Felda Kampung Suharto in Selangor, named after the late Indonesian president Suharto, were set up.
"The New Zealand government provided the settlement an electric generator, tarred roads, a water reservoir, as well as a teacher and doctor," said 53-year-old Salmah. Her parents were among the first settlers there.
Salmah, who moved to the settlement when she was 5, said the New Zealand government also sponsored a black-and-white television set for the settlers which was kept in a multipurpose hall.
"At school, the children were given free chocolate milk and also other basic necessities, including colourful stationary sets."
Salmah said the assistance provided by the New Zealand government made the settlement stand out among the Felda settlements in the state.
"While some settlements had to rely on oil lamps, we have our own generators."
Salmah said the settlement received its second batch of 79 settlers in 1963. Most were villagers from Pekan and Beserah in Kuantan.
She said the settlers used to be rubber tappers. Now most of them were participants in oil palm planting schemes and took home a more steady income.Salmah has been working at Felda New Zealand since 1962.She said the settlement received quite a number of visitors from New Zealand.
She added among the prominent names were the late Norman Kirk, who visited during his tenure as New Zealand Prime Minister in 1973, and also surveyor Kenny Moore.
"Even teachers and doctors who once served in this settlement have brought their family members here."Some even provided us with pictures taken during their previous visits. Sometimes, when tourists from New Zealand drop by and enquire about the unique name, we will show them the pictures taken during their prime minister's visit and they would be impressed," she said.
Plantation supervisor Rosli said there was another story about how the settlement got its name. "According to this version, Felda New Zealand was opened by the Maori. "However, there is no proof that they were ever here."
Read more: PLACES: There is a New Zealand in Pahang, too http://www.nst.com.my/nst/articles/19nzealand-2/Article/#ixzz19rMiJ0QE
Langgan:
Catatan (Atom)
WELCOME
Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang
Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan
Sebuah kenangan
Penafian:
Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum

