Isnin, 31 Mei 2010
Ahad, 30 Mei 2010
Masjid Kita
Umur Kg New Zealand sudah hampir 50 tahun. Sayangnya masjid kita masih macam dulu. Lihatlah pada hari Jumaat, masjid penuh sesak. Apatah lagi musim sembahyang hari raya, tak muat masjid. terpaksa bawa sejadah atau tikar dari rumah. Sekarang, masjid kita menjadi mukim bagi Kg New Zealand, Kg Sg Kertam, dan Pekan Sri Jaya. Bukan itu sahaja, ia sentiasa dikunjungi oleh mereka yang singgah atau yang bekerja di LPT. Tambahan pula, musafir Pakistan dan jemaah Tabligh cukup berminat untuk bersama mengimarahkan masjid ini. itu belum lagi pembukaan taman di Sri Jaya. Kalau sudah ada penghuni taman tersebut, maka padatlah masjid kita. kita cukup suka jika masjid digunakan, tetapi bukan sekadar Jumaat semata-mata.
Rasanya sudah bertahun-tahun isu masjid diperjuangkan. Cuma tak ada siapa yang berani masukkan isu ini ke TV atau surat khabar. .Kita berharap pihak-pihak berkenaan ambil perhatian perihal masjid ini. Pihak JKK dan masjid sudat memohon, FELDA juga telah membantu dengan membaiki. Harap lepas ini kita akan memiliki Masjid baru yang lebih besar dan dimakmur/makmumkan.
Saya rasa eloklah kita cari anisiatif baru supaya masjid yang kita idamkan cepat tercapai. Dengar kata, masjid dah lulus, cuma tunggu green light bila nak bina. Saya rasa eloklah diperjuangkan bagi keselesaan dan kesejahteraan bersama. Itulah susahnya jika mengharapkan sumbangan kerajaan dan orang lain. Banyak proses dan karenahnya. Kampung lain sudah ada masjid baru tetapi kita cukup susah. Rasanya hampir berbelas tahun diusahakan namun belum nampak hasilnya.
Kalaulah kita menjadi 'Islam yang hebat'. Sanggup keluarkan modal dan duit sendiri membina rumah Allah. Satu kampung bersama membina masjid, alangkah bertuahnya. Namun, inilah hakikatnya di tempat kita dan Malaysia amnya. Kita terlalu jauh untuk menjadi seperti itu. Kalau boleh kita hendak masjid yang besar, cantik, gah dan hebat namun kita tidak sanggup korbankan sedikit harta kita ke situ.
Kita harap, masjid yang kita harapkan dapat dibangunkan di Kg New Zealand pada waktu terdekat ini atau dalam rancangan Malaysia ke 10. Sama-samalah kita berdoa.
Selain kita mengharapkan masjid di bina, kita juga berharap masjid juga terus menjadi tempat berjemaah semua penduduk kampung. Biarlah masjid dekat dihati kita. Semua pihak harus bersama dalam pembangunan masjid dan diharap masjid menjadi tempat penyatuan kita. insyaalah.

Jumaat, 28 Mei 2010
HARAPAN TANPA SUARA
Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu
Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku
Korus:
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang
Di manakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah
Lagu: S. Atan
Lirik : Habsah Hassan
Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu
Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku
Korus:
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang
Di manakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah
Lagu: S. Atan
Lirik : Habsah Hassan
Rabu, 26 Mei 2010
Belia dan integriti
Harap semua belia dapat menanamkan integriti diri dalam menghadapi cabaran yang mendatang
http://www.iim.com.my/v3/st_event/newsclipping/mingguanmalaysia_1.jpg
http://www.iim.com.my/v3/st_event/newsclipping/mingguanmalaysia_1.jpg
Selasa, 18 Mei 2010
Sana sini facebook.
Nampaknya musim facebook melanda seluruh masyarakat. Setiap orang akan bina facebook masing-masing. Ianya bertujuan mencari rakan sembang. Ramai kenalan dan hubungan yang lama mungkin bertaut kembali. tetapi jangan lupa, ada juga keburukannya jika ada yang tidak bertanggungjawab seperti unsur lucah, ganas, dan politik pedas. Yang penting klita eratkan siraturahim.
Majlis Hari Raya belia 2009
Sewaktu Jamuan Hari Raya tahun lepas. Walaupun hampir setahun berlalu, kita rindui suasananya.
Karaoke Lagu Raya 2009
Teringat sewaktu Pertandingan karaoke Belia Lagu Raya tahun lepas. Tahun ni ada lagi tak?
Cuba renungkan Kata amanat PM Kita
Marilah kita renung dan fikirkan apa yang telah disampaikan oleh YAB Datuk Sri Najib sewaktu Hari Belia baru-baru ini. Jelas sekali yang kita memerlukan transformasi. Kita tidak boleh berada di takuk lama. Kita perlu menjadi barisan hadapan, bukan pengikut setia membuta tuli. Mereka yang perlu ikut rentak kita, namun kita jangan lupa 'rentak lama.'
Bukan senang nak sepakatkan belia. Bukan mudah untuk membangunkan kepimpinan belia. Saya terlalu sayangkan belia. Banyak pengorbanan yang telah saya berikan. Bukan untuk nama atau keuntungan. Walaupun kini saya tidak meneruskan pengerusi belia, namun saya tetap bersama. Bina kepimpinan baru dan lonjakkan kecemerlangan anda. Anda mampu membangunkan belia.

Masak bubur asyura
belia bersama masyarakat menyediakan bubur asyura. Harap tahun depan dapat bersama lagi dan lebih meriah.
Sambutan Maulidurasul di Kg New Zealand 2010
Ada muka anda di sini? Jangan cari muka saya, sebab asyik ambil gambar aje...he..he..he..
Bila Beliawanis bermain Futsal.
Nampaknya gila bola dah menjadi-jadi. sekarang kaum wanita, tak kira ibu atau si anak dara , dah mula main bola futsal. Jangan tak sangka atau tak percaya. Habis terbelit dan terseliuh kaki. Si nak yang tonton maknya mainpun , terkebil mata, terlopong mulut melihat gelagat si ibunya. dasyat. Kalau yang lelaki nak main lawanpun, tentu kalah. Sebab... dia orang dok main sondol aje dan serbu macam lebah...
Walau apapun, tahniahlah kaum wanita. Sudah mulai berubah dan ke hadapan. Zaman dah berubah dan kehidupan juga sudah berubah. mainlah jika ada minat dan peluang. Jangan pandang serong pula bila si gadis atau wanita main futsal. Di tempat lain dah ramai pasukan futsal wanita. Teruskan transformasi anda...

Isnin, 17 Mei 2010
Sabtu, 15 Mei 2010
Belia Kreatif, Pemacu Pembangunan Negara
Tahun ini (2010), Sambutan Hari Belia disambut secara meriah di Putrajaya. Dengan tema, 'Belia Kreatif, Pemacu Pembangunan Negara', sudah semestinya ia amat diberi perhatian oleh semua pihak dan YAB Perdana Menteri sendiri amat prihatin kepada belia.
Sudah tiba masanya, semua pihak berganding bahu dalam membawa satu wardah baru perjuangan belia. Pada tahun ini, TV3 juga mengambil bahagian sambil mengadakan 'Jom Heboh' dan kali ini Sambutan Hari Belia lebih bersifat Karnival. Badan kerajaan dan swasta juga mengambil bahagian. Maka, 'membeliakan masyarakat' amat bertepatan dan dekat dengan jiwa belia malah mencapai aspirasi belia dan negara.
Beli pada hari ini semakin kehadapan. Ramai belia merupakan golongan berpendidikan dan inilah hasil daripada usaha kerajaan selama ini untuk membentuk kepimp[inan berkualiti di masa hadapan. Perlunya melihat apa yang terbaik buat belia.kita tidak mahu lagi golongan belia berada di barisan belakang dan kurang diberi kepercayaan dan penghargaan. Kita mahukan belia hari ini yang berani tampil memberi pendapat, idea, dan bersama menggerakkan segala usaha. Kita mahu belia yang berani membuat keputusan dan bukan sekadar peserta sahaja. Belia perlu bangkit dan melaksanakan sendiri apajua acara, majlis atau program tanpa terlalu mengharap belas ehsan orang lain.Jangan jadi belia yang terlalu 'bergantung'.
Belia juga perlu bijak, mampu berdikari, kreatif dan inavatif. Belia juga harus diberi kepercayaan. Transformasi memperkasakan belia amat perlu dewasa ini. Zaman telah berubah dan belia tidak sanggup lagi diperlekehkan. Kita sering dihambat oleh permasalahan beliayang terhumban ke lembah hina seperti dadah, perbuatan sumbang, gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Itulah realitinya. Zaman manapun kita, itulah apa yang berlaku kepada golongan muda. Zaman mutakhir ini, terlalu banyak permasalahan berlaku namun sebagai belia yang terdidik dengan agama dan pelajaran, perlulah keluar dari budaya sedemikian.
Marilah kita, membina kembali kekuatan yang ada. Kita sulamkan kembali sejarah pengorbanan pemimpin terdahulu. Kita pacu diri dan negara bangsa kita dengan semangat yang jitu dan jati diri yang ampuh. Kita tidak mahu lagi menjadi beban kepada masyarakat dan negara kita.Buangkan segala kekeruhan, budaya songsang, budaya yang tidak sihat. Kita pegang diri dan iman kita dengan kesucian iman dan kepatuhan kepada Allah. Itulah tunjang kekuatan kita.
Kepada semua belia, selamat Hari Belia. Jadilah belia yang kreatif yang mampu memimpin masa hadapan dan memacu pembangunan negara bangsa.
Sekian.

Rabu, 12 Mei 2010
MAKLUMAN KEPADA SEMUA BELIAWANIS YANG BERMINAT
DI FELDA KG NEW ZEALAND PADA ;
TARIKH : 12 JUN 2010 (SABTU).
TEMPAT : PADANG BELIA KG NEW ZEALAND
ANDA DIJEMPUT SERTAI.
SILA HUBUNGI PUAN AISHAH 0179249178
Sabtu, 8 Mei 2010
Kejohanan Futsal padang tertutup dan Jemputan Kg New Zealand : Tahniah
Tahniah kepada 'FELDA United' yang berjaya memenangi kejohanan Tertutup dan Jemputan Kg New Zealand yang diadakan di Padang Belia Kg New Zealand, pada hari Sabtu 8 Mei 2010. Tahniah juga kepada semua pasukan yang mengambil bahagian. Tidak lupa juga kepada ajk pertandingan yang banyak memainkan peranan. Terima kasih kepada semua terutama kepada hadirin yang hadir menyokong.
Berikut keputusannya;
Johan : 'FELDA United'
Naib Johan : Sri Makmur
Ketiga : 'J.a.h.a.t FC'
Keempat : 'JKNZ'
Semua pasukan ; 8 pasukan secara liga 1 kumpulan
Berikut keputusannya;
Johan : 'FELDA United'
Naib Johan : Sri Makmur
Ketiga : 'J.a.h.a.t FC'
Keempat : 'JKNZ'
Semua pasukan ; 8 pasukan secara liga 1 kumpulan
Pasukan Sri Makmur (baju hijau) dan 'FELDA United' di Perlawanan akhir
Tuan Pengurus Felda Kg New Zealand, En Rafii turut hadir.
Gaya Saha
Jumaat, 7 Mei 2010
Bola Jaring dan Futsal
Tahniah kepada pasukan bola jaring beliawanis kita yang berjaya meeanangi perlawanan persahabatan dengan Sri Makmur hari ini. Jaringan besar katanya. Baguslah begitu. Kalau boleh lepas ini susun perlawanan dan war-war kat kampung. Barulah satu kampung turun bagi sokongan. Dengarnya , Beliawanis kita akan adakan kejohanan bola jaring pada cuti sekolah nanti. baguslah begitu. Elok berbincang dan mesyuarat penyelarasan dahulu. Barulah 'grand'.
Futsal pula terus maju. Selain setiap minggu pergi bermain dan berlawan di Gelanggang Futsal Indera Mahkota, kini padangfutsalpun bertambah menjadi tiga. Baru-baru ini, atas usaha para belia, mereka telah membeli sepasang tiang gol baru. Modal pun sendiri, namun yang pastinya mereka puas. Esok, ejohanan Futsal akan di adakan . Yang seronoknya permintaan beliawanis, nak main juga . Mungkin esok, ada futsal lelaki dan futsal wanita. Teruskan kecemerlangan anda.

Sebuah Monolog untuk Beliaku
SEBUAH MONOLOG
(gunakan loghat Terengganu)
Jadilah Awang (Tak Usahlah Awang)
Jadilah Awang
Kesian ke Ayoh
Jadilah hisap dadoh
Baliklah Awang
Tulong ayoh wak kije baroh
Pengat leboh tebuang jadi doh
Mu ni dio tok ketik
Kerbo baroh ajok mu kubang
Kambing ayoh ajok mu prambak bukit
Ayam lam gok ajok mu main galoh panjang
Baliklah Awang
Ayoh nok ajok mu smayang berimam
Tok pasa jugok mu bilang bulang bintang
Awang, mu kan laki
Bakpe dok panda pileh heroin
Tera dulu makang petai, dok payoh makang ganja
Tinggallah daun ketum, cubo tera makang makjon.
Awang, blajo makang bubor lambok
Mane tau buleh ganti ubat batok
Tinggallah dadoh awang
Mari ekot ayoh gi noreh getoh
Tinggallah syabu ectasi
Balik rumah mok rebuh tongkat Ali
Awang, dulu mu gemuk stuku
Loni, kuruh ceding, lawo kucing
Jadilah Awang
Ayoh ingat lagi, zaman kecik mu panda cabut ubi
Ayoh rindu tengok mu pikul padi boh lam gembong
Ayoh suko tengok mu duduk langguk tarik
Layor hambak burung
Mata keling anok klesong.
Zaman mu kecik ayoh warning tikuh
Jangan brambak! Takut mu kejot
Ayoh sms ke katok suruh panggil hujan
Nok suruh mu tido panjang
Bile mu besa, mu jadi hanyut
Pade mu makang bende busuk
Baik mu makang rumpuk
Sedap mate tengok mu gemok
Jadilah Awang
Baliklah, ayoh nok suruh mu jadi orang
Ayoh piak ayoh debuk
Bukan ayoh benci ke mu
Mok baloh ngan ayah siang malam
Mok lari kilek kusam, mu tetap mok menang
Kalu temilo ayoh tu mahal, ayoh nok gadai
Nok cari petua dadoh ganja
Nok suruh mu tinggal
Awang, kite bukan orang kaye
Ayoh noreh getoh, mok mu jual gambir
Kalu mu berenti isap dadoh
Kulitmu lembut mace kulit ayoh
Tinggallah dadoh tu Awang
Baliklah, mok nok ajok mu smayang (sembahyang)

Teruskan perjuangan
Kepada semua belia yang memandang ke hadapan, yang meyokong perjuangan belia, teruskan sokongan dan perjuanganmu. Banyak perkara yang perlu kita uruskan. Misi dan visi kita juga masih jauh. Jika agenda yang diimpikan diteruskan dengan kesabaran, insyaallah, Persatuan belia Kg New Zealand boleh bergerak maju.
Banyak cabaran yang telah dilalui. Cabaran juga akan terus menanti dan menghantui kita. Untuk bergerak sebagai sebuah badan sukarela, memang suatu yang agak sukar sekiranya tiada kekuatan dalam diri. Nak menghimpunkan belia dalam satu aktiviti pun agak sukar. Di samping pelbagai cabaran dan pandangan sinis dari luar, belia kita mampu terus ke depan.
Lihatlah apa yang telah kita usahakan, balai raya yang dulunya terbiar sepi, kini terus menjadi tempat berkumpul para belia. Beliawanis juga sudah berani tampil kehadapan. Dulu ada yang berkata ,"lebih baik jadi kandang kambing sahaja, malah macam kandang kambing pun". Masih terngiang-ngiang apa yang diperkatakan si orang muda tersebut. Ingatkan balik kampung dapat beri semangat tapi lain pula jadinya. Namun, hari ini berdiri megah balai raya tersebut (hampir 50 usianya) malah dikenali sebagai Balai Belia. Setelah diadakan Pusat Cyber, ramailah golongan muda yang bersama. Ada yang mengatakan bahawa ianya tempat lepak, tempat menghabis masa, menghabis duit dan sebagainya. Itulah asam garam. Namun ada juga yang positifnya. Contohnya, jika dulu warung kopi dan karaoke di kunjungi mereka, kini semuanya berkumpul di Balai Belia. Jika dulu ramai yamg ke Sri Jaya, cabut ekor, main judi, berabis duit beratus ringgit satu malam, kini semua nya main facebook diinternet. Jika dulu mak ayah tak tahu di mana anak-anak duduk lepak, kini dah tahu tempat yang mudah dicari. Jika dulu, pukul 2 atau 3 pagi balik ke rumah, sekarang cukup masa sudah balik rumah.
Nak menjayakan sesuatu bukan senang. Memang ada baik dan buruknya. Kita tak nafikan. Cuma kita berharap semua pihak main peranan membantu mengawal dan bersama para belia. Tegurlah secara berhemah. Terima kasih kepada yang prihatin.
Kepada para belia, gunakan kemudahan yang ada dengan bermanfaat. Jangan buat sesuatu yang diluar batasan. Elakkan diri dari jenayah atau perkara yang tidak baik. Kalau boleh elakkan merokok di balai Belia. Adik-adik yang kecil nanti terikut. Anda bijak, anda hebat. Jangan jadi 'sang nyamuk'...Ingat pesan ayah, emak, tok-tok nenek kita dulu. Kita harus bersyukur dengan apa yang ada. Fikir-fikirkanlah.
Rabu, 5 Mei 2010
Poco-Poco
Anda berminat? Beliawanis yang berminat bolehlah bersama dalam latihan poco-poco yang diadakan secara mingguan di Dewan Orang Ramai Kg New Zealand. Sila hadir terus atau hubungi GPW atau badan gabungan yang bersamanya. Sihatkan diri anda sambil beriadah.
Nampaknya, sekarang kaum ibu dan beliawanis kita sudah minat bersukan, sama ada bola jaring, bersenam dan berjogging. Baguslah begitu. Akak-akak kita di Taman Sri Desa pun tiap-tiap petang berjoging bersama anak-anak. Yng lelaki, macamana? Takkan main dam aji je kat kedai. sekali-sekala joging atau beriadah dengan keluarga.

Kejohanan Futsal padang tertutup dan Jemputan Kg New Zealand
Kejohanan Futsal ini akan dilaksanakan pada;
Hari : Sabtu
Tarikh : 8/5/2010
Tempat : Padang Belia Kg New Zealand
Untuk makluman dan pendaftaran, sila hubungi Jasman, Abang Yan dan Aishah. (Pusat Cyber)
Hari : Sabtu
Tarikh : 8/5/2010
Tempat : Padang Belia Kg New Zealand
Untuk makluman dan pendaftaran, sila hubungi Jasman, Abang Yan dan Aishah. (Pusat Cyber)
Langgan:
Catatan (Atom)
WELCOME
Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang
Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan
Sebuah kenangan
Penafian:
Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum