Isnin, 20 Disember 2010

Ceramah Selamatkan Gaza : Oleh Dr.Syed Muhammad Haleem ( Malvara)






Program anjuran JKKK ini telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kg New Zealand pada 14 November 2010 yang lalu. Dr Muhammad Haleem, yang terlibat secara langsung dalam Trajedi Mavi Malvara telah menyampaikan ceramah berkenaan kejadian serangan Israel ke atas kapal Mavi Malvara. Satu persatu detik genting dan mencemaskan telah beliau ceritakan.
     Apa yang penting, ialah bagaimana sebagai umat Islam, kita berusaha untuk melepaskan saudara kita di Palestin daripada cengkaman, hinaan, dan kepungan Rejim Zionis. Begitu mengusik perasaan apabila melihat video yang dipertontonkan tentang kekejaman Zionis dan bagaimana kapal Mavi Malvara dirampas. Beliau dalam ceramahnya, telah memperingatkan kita tentang perjuangan hidup dan agama kita.Walaupun nyawanya hampir melayang, namun kita dapat lihat kekuatan jiwa beliau dalam menghadapi situasi getir. Dikala rakan-rakan aktivis dibunuh, syahid dan cedera, beliau bersama semua aktivis tetap berjuang. Syukurlah, beliau terselamat.
     Kita juga bersyukur kerana aktivis ini hadir ke kampung kita. Banyak perkara yang telah beliau dedahkan dan sama-sama berkongsi rasa perjuangan para Syuhada dan anak-anak Palestin. Kepada kita, rakyat Malaysia dan umat Islam, kita diperlihatkan penderitaan Palestin. Apakah kita sekuat mereka? apakah kita mampu perjuangkan Islam?
     Kepada Dr Muhammad Haleem, terima kasih kerana hadir ke Kg New Zealand dan bersama kami. Kita mengharapkan program seumpama ini akan dilaksanakan lagi selepas ini. InsyaAllah, program ini akan lebih meluas dan kita mengharapkan sokongan daripada semua penduduk kampung untuk turut hadir. Bukan senang untuk membawa pejuang yang sanggup berjihad, menyabung nyawa di hujung senjata Zionis, meninggalkan anak isteri dan harta benda, dan bukan senang nak bertemu mereka di kampung kita.

 

Kenangan: Barisan penggerak Belia 2009-2010

Sabtu, 18 Disember 2010

FELDAku

Hakmilik Tanak di FELDA

Sila ikuti lanjut. KLIK

Sabtu, 27 November 2010

Apakhabar anak-anak watan kampungku?

Musim cuti persekolahan telah datang. Ramai yang mula mencari aktiviti-aktiviti untuk anak-anak. Ada yang melancong dan ada pula yang balik ke kampung. Isikan ruang masa yang ada bersama anak-anak kita. Eloklah rasanya membawa mereka melihat keindahan Malaysia terutama tempat-tempat bersejarah.
     Kepada anak watan yang bekrja di luar sana, eloklah pulang sekali sekala ke kampung halaman kita. Rindukah kita? Bawalah anak-anak untuk kernali sejarah kita, mendekati datuk dan nenek, atau menziarahi pusara mereka yang telah kembali ke rahmatullah. Kg New Zealand sudah separauh abad usianya. Banyak sudah sejarah terpahat dan ada yang menjadi kenangan. Gah seperti namanya, gah juga dari sejarahnya. Biarlah anak cucu kita kenal sejarah kita. Jika ada idea atau apa sahaja yang baik untuk dikongsi atau disumbang kepada kampung kita, bantulah kampung kita.
    Kini, enth berapa kerat sahaja orang tua atau peneroka asal. Yang lain telah 'pergi'. Anak muda pula sudah tidak ramai dan semeriah 20 tahun lalu dan kebanyakannya generasi ke 3. Nasib baik ada Taman Seri Desa yang menambah bilangan penduduk kampung. Kalau tidak, tentu sunyi sepi kampung kita.
    Jejakkan kaki anda ke kampung kita. Baliklah kampung lihat dan imbaukan kembali sejarah yang pernah kita bina bersama

Khamis, 23 September 2010

Program Baca Puisi dan Pertandingan Lagu Patriotik Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 (Daerah Maran)

Pejabat Pelajaran Daerah Maran bersama kerjasama ahli-ahli Yang Berhormat Parlimen dan DUN, Majlis Belia dan Agensi Kerajaan, akan mengadakan Program Baca Puisi dan Pertandingan Lagu Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan 2010. Program ini akan diadakan pada;

Tarikh : 2 OKTOBER 2010
Tempat : Kem Tengku Puan Pahang, Maran
Masa : 8.00 pagi hingga 12 malam

Para belia dan beliawanis dijemput sertai. Program ini berkonsepkan santai dan terbuka kepada semua golongan masyarakat. Pertandingan Lagu Patriotik dijalankan mengikut 2 kategori iaitu:

1. Kategori Sekolah Rendah
2. Kategori Terbuka ( Para Belia/Beliawanis/orang ramai)

Pada malam itu juga akan diadakan pembacaan puisi oleh semua peserta nyanyian lagu patriotik dan para tetamu termasuklah orang ramai. Dijangka antara pemuisi yang hadir mendeklamasikan sajak mereka ialah

Sutung Umar R.S
Sani Sudin (Kopratasa)
S.M. Zakir
Roslan Madun
Rahimidin Zahari
Para Jemputan VIP
Ahli Persatuan dan orang ramai.

Semua Persatuan Belia di Daerah Maran dijemput meyertai program dan pertandingan ini. Sokongan dan kerjasama semua amat diharapkan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53 tahun. Hadiah menarik menanti anda;
Johan         : RM200 bersama sijil
Naib Johan : RM150 bersama sijil
Ketiga        : RM100 bersama sijil
Saguhati     : 7 X RM30 bersama sijil.

Kepada rakan belia di Kg New Zealand, mari sertai dan rasai pengalaman kemeriahannya. Yang penting, beranikan diri dan paparkan bakat anda. Jangan lupa bawa CD nyanyian lagu Patriotik (karaoke). Jom sertai.

Rabu, 22 September 2010

Ternakan Kambing Di Kg New Zealand

d

Ternakan kambing banyak diusahakan di kampung kita. Ianya diusahakan secara persendirian oleh lebih kurang 5 orang penternak. Walaupun dengan modal sendiri, namun mereka ini gigih mengusahakan ternakan ini. Diharapkan usaha murni mereka ini dapat terus membawa kejayaan dan kemajuan.

Majukan kembali belia kita

Sejak akhir ini, suara belia bagai hilang di kampung kita. Ramai yang sudah berhijrah sama ada bekerja atau menyambung pelajaran. Yang tinggal, boleh dibilang. Diharapkan persatuan dapat terus digerakkan dan mampu memimpin para belia. Bantulah ayahanda kita dalam memimpin kampung kita. Siapakah lagi selain kita?
     Hidupkan kembali sukan dan rekreasi bagi penduduk kampung kita. Majukan lagi persatuan. Pengurusan FELDA kini nampaknya sudah membuka mata dan peluang kepada para belia. Harus kita ambil peluang yang ada demi masa depan kita semua.

Mari Kita Mendaftarkan Diri Sebagai Pengundi

Sebagai anggota masyarakat dan rakyat yang cintakan negara, marilah kita mendaftarkan diri sebagai pengundi. Jika sudah cukup kelayakan sebagai pengundi, eloklah daftarkan diri di mana-mana kaunter pendaftaran SPR. Isu belia ramai yang tidak mendaftar diri sebagai pengundi begitu banyak diperkatakan kini.
     Di media massa dan elektronik telah banyak dibicarakan dan pelbagai pendangan diberi terhadap tahap kesedaran goolongan muda untuk mengundi. Tidak kira fahaman politik dan parti, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan masa depan negara yang cemerlang, wajib menunaikan tanggungjawab ini. Belia yang bijak ialah belia yang berwawasan dan mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap negara. Jangan hanya pandai bercakap dan meluahkan rasa tentang politik negara, tetapi tidak mengundi. Alangkah ruginya.
    Belia harus dibawa dan disedarkan akan tanggungjawab mereka. Jangan ada yang lalai dan lupa akan pentingnya sebagai pengundi. Kita penentu masa hadapan negara dan kepimpinan masa hadapan. Jangan ikut rasa hati semata-mata, tetapi haruslah bijak dan bertanggungjawab. Undian anda amat bermakna.
     Dengan ada hak mengundi, kita harus bijak memilih dan kita bertanggungjawab atas undian kita. Sebagai sebuah negara yang demokrasi, kita mempunyai parti yang memperjuangkan agenda politik mereka. Bijaklah memilih bagi diri kita, dan negara kita. Keamanan, kejayaan negara kita terletak di tangan kita dan harus kita kekalkan bagi generasi akan datang.

Isnin, 20 September 2010

Hari Raya Penuh Bermakna Buat Kita Semua

Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa di Ramadhan yang Mubarak dan barakah, kini tiba pula Syawal yang dinanti. Tahun ini Aidilfitri disambut dengan penuh kesederhanaan. Gembira melihat sanak saudara, anak watan, cucu dan cicit peneroka kembali ke kampung kita yang permai untuk sama-sama menyambut Aidil fitri bersama keluarga tercinta. Tahniah kepada mereka yang pulang menemui ayahanda dan bonda atau menzizrahi pusara ayahanda dan bonda yang telah pergi ke Rahmatullah.
      Suasana yang agak sepi selama ini, riuh dan menimbulkan pelbagai nostalgia semalam apabila melihat anak-anak kecil bermain bunga api, memasang pelita dan ada pula yang membakar mercun. Para belia juga, turut sama memeriahkan suasana dengan membakar lemang dan membantu keluarga di rumah. Persatuan Belia juga telah mengadakan majlis berbuka puasa di masjid. Pada malam raya, AJK belia bersama-sama membakar lemang sambil beramah mesra.
     Pada hari raya, selepas Sembahyang Sunat Aidilfitri, para belia telah membuat 'Baraan' ataupun kunjungan ke rumah-rumah ahli belia. Diharap amalan kunjung mengunjung ini dapat diteruskan pada masa akan datang malah lebih ramai lagi bilangan pesertanya.
    Pada hari raya kedua, ramai yang telah menghadiri Majlis Bacaan Yassin dan Ziarah di Perkuburan Kg New Zealand. Majlis ini dibuat secara beramai-ramai, cukup menyentuh hati kita dan ingatan kepada mereka yang telah kembali ke Rahmatullah. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang, malah di bulan lain juga.
     Program Rumah Terbuka akan diteruskan dan diharapkan program seumpama ini dapat mengeratkan siraturahim antara kita semua. Yang Keruh kita jernihkan dan Yang Terputus kita jalinkan kembali.
Belia Kg New Zealand mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Gotong-royong Kawasan Kubur Kg New Zealand

Gotong-royong akan diadakan di Perkuburan Kg New Zealand pada :

Tarikh : 6 Ogos 2010
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 petang

Para penduduk Kampung dan belia diharapkan dapat menghadirkan diri.

Ahad, 1 Ogos 2010

Selamat DatangKe Kampungku

KRT : Skim Rondaan Sukarela

Skim Rondaan Sukarela atau SRS adalah salah satu bentuk badan sukarela yang diwujudkan di bawah KRT bagi menjalankan rondaan keselamatan kampung. Bermula jam 12.00 malam hingga 6.00 pagi, rondaan dan kawalan keselamatan dijalankan di sekitar kampung. Dua pintu utama iaitu jalan masuk kg New Zealand dan jalan masuk Taman Seri Desa. Anggota SRS terdiri daripada penduduk kampung termasuk para belia. Pengerusi KRT, Cikgu Mohd Lazim bin Mahusin menggerakkan SRS bertujuan bagi mengambil tanggungjawab menjaga keselamatan kampung. Tahniah kepada SRS yang bergerak aktif. Dimaklumkan, setiap anggota SRS dilindungi insurans 24 jam.

Kemudahan di Kampungku

Pejabat FELDA
Pondok Polis
Sekolah Agama Rakyat

Loji Air Kg New Zealand

1960-an

2010

Loji air kampung New Zealand ini menjadi nadi bagi Kg New Zealand, Pekan Sri Jaya, Kg Rahmat dan kawasan sekitarnya. Bekalan airnya memenuhi keperluan penduduk.

Klinik Desa Kg New Zealand


Dibuka sejak awal rancangan ini dibuka. Kini usianya telah mencecah 50 tahun. Terlalu banyak jasanya kepada keseluruhan penduduk di sini. Klinik Desa ini kini mempunyai dua orang jururawat bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk.

Perpustakaan Desa Kg New Zealand


Perpustakaan Desa Kg New Zealand ini terletak di atas bukit berhadapan Masjid Kg New Zealand. Ianya telah dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen Maran, Dato' Haji Ismail bin Hj Abd. Mutalib. Perpustakaan ini  diuruskan oleh Perpustakaan Awam.
        Ianya menjadi tempat pembacaan penduduk kampung dan berperanan menanam minat para penduduk Kg New Zealand untuk membaca buku. Di harapkan ianya dapat digunakan sebaiknya.

Khamis, 1 Julai 2010

Generasi FELDA Kita......ke manakah hala tuju mu..?

KUALA LUMPUR 16 Jun – Kerajaan tidak bercadang untuk memberikan 340,882 hektar tanah milik Felda yang diuruskan oleh Felda Plantations kepada generasi baru peneroka. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini disebabkan jika tanah itu diagihkan kepada kira-kira 1.6 juta generasi baru iaitu anak dan cucu peneroka, setiap orang hanya dapat 0.2 hektar seorang. "Tanah kecil ini tidak ekonomik untuk diusahakan dan kedudukan yang berselerak tanpa kemudahan asas tidak sesuai untuk penempatan. "Jika kerajaan memberikannya kepada generasi baru di 317 kawasan rancangan, bagaimana pula rakyat di 15,000 buah kampung di seluruh negara yang juga inginkan tanah,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Ahmad berkata, kerajaan bercadang untuk membuka lagi tanah rancangan Felda dengan model baru hanya untuk rakyat miskin tegar tanpa mengira kaum, jika ada kerajaan negeri yang ingin memberikan tanah. Beliau berkata, kerajaan juga belum bercadang untuk mengkaji Akta Penempatan Berkelompok 1960 kerana pelaksanaan akta ini telah berjaya mewujudkan 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara dengan penglibatan 225,270 orang suami dan isteri yang merupakan peneroka dan penerokawati. "Selain itu, menerusi akta ini, penempatan berkelompok dan terancang dengan penanaman getah dan sawit telah berjaya mengeluarkan peneroka daripada belenggu kemiskinan serta diiktiraf sebagai usaha pembangunan tanah seumpamanya yang paling berjaya di dunia," katanya. Beliau berkata pengurusan tanah secara berkelompok dapat menyediakan prasarana penyaluran bantuan khidmat nasihat dan pemantauan secara lebih teratur dan cekap

1,567 anak peneroka dapat Phd

KUALA LUMPUR 30 Jun - Seramai 1,567 anak peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mendapat pendidikan di peringkat doktor falsafah (PhD).

       Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, bilangan itu sebahagian daripada 76,415 anak peneroka Felda yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. "Daripada jumlah ini, 27,160 orang memiliki ijazah pertama dan sarjana manakala bakinya 47,688 mendapat pendidikan di peringkat diploma," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.Beliau bertanyakan bilangan anak peneroka Felda berumur 20 tahun dan ke atas serta pencapaian akademik tertinggi mereka.
       Dalam pada itu, Ahmad berkata, terdapat di kalangan anak peneroka yang ditawarkan kursus peringkat diploma di Universiti Limkokwing dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara."Ada juga yang mengikuti kursus Jurutera Pelatih Penyelenggaraan Pesawat dan Juruteknik Pelatih Rendah yang diselia Malaysia Airlines System Bhd. (MAS)," katanya.
       Tambah beliau, anak peneroka yang mendapat keputusan akademik kurang cemerlang turut ditawarkan tempat di Kolej Felda dan kolej luar seperti Pusat GiatMara dan Institut Kemahiran Negara bagi mendapat sijil kemahiran."Sehingga sekarang, 29,243 anak peneroka Felda telah dilatih dalam pelbagai bidang kemahiran," katanya.

Utusan Malaysia - 1/7/2010

Jumaat, 25 Jun 2010

Usianya kian menjangkau 50 tahun

Nadi belia

Pertandingan Karaoke sempena Pertandingan Bola Jaring

Tahniah kepada belia yang sanggup menganjurkan pertandingan karaoke bagi memeriahkan acara dan suasana. Pertandingan karaoke ini telah diadakan pada sebelah malam 19/6/2010 di Padang Belia. Walaupun ianya dibuat 'ad-hoc', namun mendapat sambutan meriah oleh ramai belia, beliawanis dan penduduk kampung. Menurut En Jasman, ia dibuat bagi mengisi ruang masa dan memeriahkan suasana. Pada sebelah petangnya selepas tamat pertandingan Bola Jaring, juga telah diadakan sukaneka. Walaupun hadiahnya tidak lumayan, namun ia adalah suatu aktiviti riadah yang menyumbang kemeriahan dan persahabatan. Ia juga secara 'ad-hoc' itu secara spontan di mana inilah masa mereka berseronok dan mengenali antara satu sama lain walaupun tidak dirancang pada peringkat awal. Bukan keuntungan yang dicari, tetapi kesepakatan yang diingini.
Tahniah kepada pasukan yang menang. Terima kasih kepada semua kerana terus berjuang demi memartabatkan nilai belia di sisi masyarakat.

Abang Mubin mendendangkan lagu..
Hakim pertandingan

Malu tapi mahu..

Kejohanan Bola Jaring Tertutup Kg New Zealand (Felda Wilayah Kuantan)

Asal Nama Kg New Zealand

Papan tanda menunjukkan Penamaan Kg New Zealand. Papan Tanda ini didirikan sewaktu Pengurus En Mukhtar bin Mulop. (Sila klik pada gambar dan zoom in)

Khamis, 17 Jun 2010

Operasi membersih dan membesarkan padang belia

Terima kasih kepada Tuan Pengurus kerana prihatin kepada belia dan kampung kita. Operasi membersihkan padang sudah dimulakan pada hari ini, Khamis 17/6/2010. TQ


Isnin, 14 Jun 2010

Jihad Belia Palestin. Di manakah kita?



Lihatlah perjuangan berani mereka. Tidak pernah rasai tenang seperti kita.. Kita pula di mana? Di manakah belia kita? Apa yang belia kita perjuangkan? Apakah yang belia kita cita dan cintakan..? Lihat sahaja anak muda remaja belia kita pada hari ini..Mereka tidak pernah ambil tahu...
    Belia kita pada hari ini, hanya bermimpikan keindahan dan kebahgiaan dunia. Hidup pernuh dengan kekeliruan. Dadah, keruntuhan moral dan peribadi, maksiat, penzinaan, dan sebagainya adalah kehidupan biasa pada belia kita hari ini. Dosa adalah suatu yang tidak menakutkan..
   Beliaku.. kembalilah ke pangkal jalan.. solat dan al-Quran teman kita.. jangan kau rosakkan dan campakkan dirimu ke lembah kebinasaan.. Allahu akhbar..!

Ahad, 6 Jun 2010

Saat-saat diserang Israel

ini adalah gambaran saat genting ditawan Israel...

Bilangan Peneroka kian mengecil

Hampir 50 tahun usia kampung kita. dari 200 lebih penerokanya, kini tinggal 40 lebih sahaja. Peneroka\wati juga begitu. Kebanyakannya telah kembali ke Rahmatullah. ALFATIHAH>
     Yang tinggal sekarang, sama ada bapa tunggal, ibu tunggal atau keduanya telah tiada. Ramai yang yatim-piatu.(macam saya).  Ada juga yang telah beralih tangan pengurusannya, sama ada secara mutlak atau kuasa mentadbir. Ramai pula timbul masalah apabila si bapanya meninggal, kuasa terhadap tanahnya menjadi pertikaianan adik beradik. Ada yang tidak berpuas hati. Semakin banyak berlaku di kampung kita.
    Ada yang telah mewarisinya namun ada juga yang 'hilang entah ke mana'. Lihatlah rumah-rumah peneroka kita, ada yang tersergam indah tetapi tiada berpenghuni. Ada pula rumah yang hampir menyembah bumi dan bersarang anai-anai. Anak-anaknya entah ke mana.
     kita berharap pihak FELDA dapat mencari mekanisme baru dalam menghadapi semua ini. kita tidak mahu FELDA lepas tangan. Setidak-tidaknya, penama telah diumumkan sebelum peneroka pergi buat selamanya. Kita tidak mahu usaha Tun Razak, usaha para peneroka ini," mati di tengah jalan" apabila berlaku masalah kepada pewaris.

WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum