Ahad, 18 April 2010

50 Tahun sudah berlalu, 50 Tahun lagi akan mendatang







Tahun ini genap 50 tahun Kg New Zealand. Bermula tahun 1960, kini kita bakal menyambut Jubli Emas. Kini hanya 1 per 4 Peneroka yang masih tinggal. Generasi 2 mengambil alih. Generasi 3 pelapis dan tunjang belia.
50 tahun sudah berlalu. Di manakah kita kini? peneroka sudah melampaui zaman mereka. Sudah banyak sejarah dan pengalaman tercipta. Sudah banyak perubahan yang berlaku. Mungkin hanya kita belum tahu atau buat-buat tak tahu.. Getah diladang sudah menghampiri pusingan ke 2 untuk ditebang..Kepimpinan juga kini silih berganti.
50 tahun lagi menunggu kita. Bagi yang mewarisi tanah pusaka peneroka, andalah yang akan menentukan hala tuju keluarga anda. Kepimpinan? Anda perlu melihat dari sekarang. Siapakah orangnya yang akan ke hadapan membawa maruah kampung kita. Siapakah selepas Cikgu Mat, Tok 4 Mat Putra? Siapakah... mungkin kita perlu gilap barisan pemimpin muda.. Janganlah diharap mereka yang berada diluar sana kembali. Ilmu kemasyarakatan perlu tebal dan tahu apa kehendak orang kampung. So, latihlah anak-anak muda anda untuk menjadi pemimpin berkaliber...sama ada di arena politik atau belia.. Tugasan dan amanah menanti anda... berjuanglah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum