Khamis, 15 April 2010

Gelanggang Futsal

Setiap kampung kebanyakkannya sudah ada gelanggang futsal sendiri. Tapi di Kampung New Zealand agak ketinggalan. Kalau nak main di gelanggang, belia terpaksa bermain/ sewa gelanggang di Kuantan (setiap minggu).
Padang bola pula sudah tidak sesuai kerana belia yang nak bermain entah berapa kerat yang ada. Padang luas tapi pemainnya tak sampai 10 orang.. Padang pula dihujung kampung..
Atas kerana itu, persatuan telah membina kembali padang tersebut dan buat masa ini dibahagi dua, Satu bahagian diberi kepada beliawanis untuk membuat padang bola jaring vdan satu bahagian lagi kepada belia, bina gelanggang futsal. Modal sendirian berhad.
Maka wujudlah gelanggang futsal berumput dengan tiang batang pinang. sedih juga menengoknya tapi itulah kemampuan yang ada. Sekarang ni penuh gelanggang yang kecil tu, pemain rebut bola futsal. (kekadang bola futsalpun tak nampak, tersilap sepak kaki kawan..)
Padang bola jaring pun dah meriah dengan kaum ibu dan beliawanis turun bermain.. anak-anak ikut sekali..

2 ulasan:

  1. gelanggang futsal da ada..harap2 gelanggang bola tampar boleh diberi sedikit suntikan

    BalasPadam
  2. tunggulah jika FELDA dapat bantu kita. Nak buat gelanggang futsal pun dah kecoh satu kampung,.. Yang penting 'Panjang' kena ajak ramai bermain. itulah cabarannya..

    BalasPadam

WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum