Ahad, 18 April 2010

Orang Gila pergi masjid

Baru-baru ini saya singgah sembahyang Jumaat di sebuah masjid di Jengka. Sedang asyik mendengar khutbah, datanglah seorang yang pakaian dan dirinya tidak terurus..misai, janggut dan rambutnya sedikit panjang.. baju dan seluar juga agar kusam.. dia bersila di dalam masjid.. ramai mata menyorot tingkah laku pemuda tersebut... Ada yang tergamam dan ada yang berbisik-bisik.. jemaah yang berada di sebelahnya gelisah dan ada yang cuba bergerak ke sisi..
Pak imam/khatib terus membaca khutbah dengan penuh bersemangat. Pemuda tersebut mendengar dengan kusyuk. Sampai sahaja waktu berdoa dia mengakat dan mengamimkan doa. Bila iqamat, semua bangun termasuk pemuda itu. Ramai cuba lari dari berada berhampirannya. Ada yang dari belakang terus berada di sebelahnya, akhirnya turut lari cari ruang yang lain. Ada seorang pemuda yang bagai tersilap langkah, tetap berada di sebelahnya walaupun agak resah. Maka kosonglah sekeliling pemuda yang 'naif' itu tadi. Ada yang menutup hidung, mungkin bau pemuda tersebut..
Imam mengetuai solah Jumaat. Pemuda tersebut juga bersembahyang.. Tiada cacat cela. Semua rukun dia buat. Bacaan wallahualam.. namun yang pasti langsung tiada masalah. Waktu doa dibacakan, pemuda menadah tangan dan mengaminkan doa tersebut. sungguh khusuk. Rasa sahdu dan menusuk hati bagi yang melihatnya.Habis doa, maka bersalamlah para jemaah.. tetapi tiada seorang pun yang sudi bersalaman dengannya. pemuda tersebut hilang di tengah jemaah yang berpusu dan bergegas untuk pulang.
Itulah kisah yang mungkin menjadi satu pengajaran buat kita. Orang yang gilapun masih sanggup sembahyang dan menadah tangan memohon keampunan Allah, apa lagi kita.. Berapa ramaikah orang kita yang ttidak gila tetapi susah nak sembahyang. Pergi sembahyang Jumaatpun ikut rasa hati. Fikirkanlah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum