Ahad, 18 April 2010

Terima Kasih Semua

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak pengurusan rancangan yang kini banyak membantu. AJK belia telah dibawa pergi ke Cini 3 baru-baru ini, untuk bersama melihat kejayaan belia di sana. Terima kasih kepada pengurus rancangan yang banyak membantu dan mudah didekati. Kita mengharapkan En Rafii akan terus memberi khidmat nasihat dan sokongan kepada para belia di sini.

Terima kasih juga kepada JKK yang kini sudah membuka mata dan melihat keperluan belia di sini. Kami amat mengharapkan sokongan dan nasihat membina. Tok 4, dan Cikgu Mat Lazim banyak membantu para belia. Kami cukup berterima kasih kepada Cikgu Mat yang sejak dulu lagi berusaha mewujudkan Kampung yang Harmoni. Banyak yang telah diusahakannya. Kepada para belia, jadilah beliau contoh dalam meneruskan agenda pembangunan di kampung kita. Sebab itulah kita perlu bersatu. Semua tidak akan berjaya tanpa sokongan dan hala tuju. bercakap begitu mudah namun usaha ke arah itu banyak cabarannya. Kita berterima kasih kerana golongan belia tidak pernah diabaikan sama ada aktiviti kampung, KRT atau sebagainya.

Terima kasih juga kepada kepimpinan terdahulu, sama ada mereka yang masih hidup atau yang sudah pergi. Kegemilangan Kg New Zealand perlu dicapai oleh golongan muda. Zaman berubah dan caranya turut berubah. Cabaran masa kini amat besar. Belia perlukan orang-orang yang boleh ke hadapan dan berjuang. Sanggup berkorban dan sanggup menerima apa jua rintangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WELCOME

Kg New Zealand, 26500 Maran, Pahang

Sertai bersama kami. Memimpin kecemerlangan

Sebuah kenangan

Penafian:

Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah dalam penggunaan blog kami. Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan apa jua bahan atau bahagian secara salah dari segi undang-undang atau norma kemanusiaan. Kami juga berharap anda tidak mennggunakan laman kami untuk pautan yang salah, lucah atau keluar dari sikap manusia yang berpegang kepada Islam. Harap Maklum